Kekeliruan struktur pentadbiran cetus kritikan lantikan Kabinet – Fahmi

KRITIKAN dan serangan terhadap beberapa lantikan baharu dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpunca daripada kekeliruan mengenai struktur pentadbiran kerajaan sedia ada, selain turut dipengaruhi faktor politik, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, kritikan khususnya membabitkan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, serta Datuk Lo Su Fui sebagai timbalannya, berpunca daripada salah faham terhadap peranan dan kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Perlu dijelaskan bahawa Hannah bukan Menteri Wilayah Persekutuan seperti sebelum ini, sebaliknya Menteri di JPM yang mengurus portfolio Wilayah Persekutuan.

“Bagi semua Menteri di JPM, ketuanya ialah Perdana Menteri. Oleh itu, sebarang tindakan dan keputusan berkaitan portfolio itu akan dirujuk kepada Perdana Menteri.

“Menteri-Menteri di JPM turut menghadiri mesyuarat pasca Kabinet seperti kelaziman,” katanya pada sidang media mingguan di Auditorium Seri Angkasa, Kompleks Angkasapuri Kota Media, di sini, hari ini.

Fahmi menjelaskan bahawa dari sudut pengurusan, tidak timbul sebarang isu kerana Perdana Menteri sentiasa memantau pelaksanaan tugas menteri-menteri berkenaan dan akan menyampaikan nasihat atau arahan sekiranya perlu.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar