Kes hina mahkamah Shafie Apdal ditetap 3 Februari

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Khamis menetapkan 3 Februari hadapan bagi pembicaraan kes hina mahkamah membabitkan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berikutan kenyataannya yang berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Walau bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah itu tidak hadir ke mahkamah dan dibenarkan sepenuhnya oleh mahkamah.

Terdahulu, bercakap kepada media, peguam yang mewakili Shafie, Chen Ket Chuin KC berkata, pihaknya memfailkan permohonan membatalkan prosiding komital pada 15 Disember, selain turut mengemukakan afidavit sokongan serta afidavit bantahan bagi menentang prosiding tersebut.

“Mahkamah telah mengarahkan pihak Peguam Negara (AG) untuk memfailkan afidavit jawapan selewat-lewatnya pada 26 Disember sebelum pihak kami akan memfailkan afidavit balasan pada atau sebelum 9 Januari.

“Penyerahan hujahan bertulis (submission) ditetapkan pada 19 Januari 2026 dan tarikh pendengaran ditetapkan pada 3 Februari 2026,” katanya.

Menurut Chen, sekiranya permohonan semakan kehakiman itu dibenarkan, keseluruhan prosiding inkues akan menjadi tidak sah dan terbatal.

“Ini bermakna bukan sahaja kes melibatkan Shafie akan gugur, malah keseluruhan prosiding inkues perlu dihentikan,” tambahnya.

Pasukan guaman Shafie turut diwakili Jakariya Ab Jalil dan Bartholomew Jingulam.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan