Kabinet MADANI perlu lebih cekap jayakan dasar kerajaan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan supaya barisan Kabinet Kerajaan MADANI berkhidmat dengan lebih cekap, berdisiplin dan berintegriti bagi memastikan pelaksanaan dasar kerajaan dapat dilaksanakan secara pantas serta berkesan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap anggota Kabinet perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kerendahan hati, selain memastikan dasar kerajaan sampai kepada rakyat tanpa sebarang kelewatan atau alasan.

“Ini adalah Kabinet penerus kehendak rakyat yang memikul amanah besar, menuntut tindakan segera, keputusan berani serta keupayaan menterjemah kehendak dan nurani setiap lapisan masyarakat menjadi dasar yang berfungsi dan dirasai, bukan sekadar retorik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut berkongsi beberapa keping gambar mesyuarat Kabinet MADANI yang berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara, di Putrajaya, pada Rabu.

Untuk rekod, mesyuarat berkenaan merupakan mesyuarat Kabinet pertama Jemaah Menteri Kerajaan MADANI selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, semalam.

Pada Selasa, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang membabitkan 28 menteri dan timbalan menteri, merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu sebagai langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan dengan lebih berkesan.

Selain pertukaran portfolio menteri sedia ada, rombakan berkenaan turut membabitkan enam timbalan menteri dan seorang muka baharu yang diangkat sebagai menteri penuh.

Rombakan Kabinet pertama Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.

Sebanyak tujuh menteri, termasuk dua yang baharu dilantik, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, pada Rabu.

Related Posts

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

KAZAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan, Persekutuan Rusia, selama dua hari bermula esok. Wisma Putra memaklumkan, Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi