Jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya amanah, tanggungjawab besar – Choon Man

AHLI Parlimen Miri, Chiew Choon Man merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kepercayaan yang diberikan kepadanya melalui pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya susulan rombakan Kabinet yang diumumkan semalam.

Chiew menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar, khususnya ketika negara sedang membuat persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menjadi agenda penting dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan, seni dan budaya negara.

Beliau turut menegaskan komitmen penuh untuk bekerjasama rapat serta memberikan sokongan padu kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bagi memastikan segala perancangan, dasar dan inisiatif kementerian dapat dilaksanakan dengan berkesan demi manfaat rakyat dan negara.

“Ini merupakan satu tanggungjawab yang besar. Saya berjanji akan bekerja keras dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk membantu memperkukuhkan sektor pelancongan, seni dan budaya negara serta mengangkat imej Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Miri atas mandat dan kepercayaan yang diberikan kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke-15, sambil menyifatkan sokongan tersebut sebagai pendorong utama untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Beliau menegaskan bahawa pelantikan ini tidak akan menjejaskan komitmennya sebagai Ahli Parlimen Miri, sebaliknya akan dimanfaatkan sebagai platform untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Miri serta memastikan Miri dan Sarawak terus diberi perhatian dalam agenda pembangunan pelancongan, seni dan budaya negara.

Beliau turut berharap agar semua pihak dapat bersama-sama berganding bahu menyokong usaha Kerajaan MADANI dalam memajukan industri pelancongan negara secara mampan, inklusif dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.

Related Posts

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

BATU PAHAT – Kira-kira 200 nelayan persisir pantai Orang Asli (OA) Kampung Sri Pantai terus berdepan isu pencerobohan bot pukat tunda di zon yang digazetkan kepada kumpulan itu sehingga menjejaskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

KUCHING – Kelab Anak Asal Bukit Saban (KAABS) Cultural Night 2026 menjadi platform penting dalam menyatukan belia Bukit Saban yang menetap di Kuching, selain memperkukuh silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’