31 projek jalan raya di Sook dicadang dalam RMK13

KOTA KINABALU – Sebanyak 31 projek jalan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook dicadangkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di bawah biayaan Kerajaan Negeri dalam program pembinaan jalan raya.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, jalan-jalan utama seperti Jalan Kampung Rimbayan, Jalan Kampung Bunang, Jalan Kampung Johan Jaya dan Jalan Malima juga telah dikenal pasti untuk dinaik taraf melalui program pembinaan jalan raya.

“Cadangan ini akan dimasukkan ke dalam senarai pangkalan data Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sebelum dikemukakan dalam permohonan Rolling Plan (RP) seterusnya di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB), yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Pengulungan Persidangan Dewan Undangan Ke-17 Negeri Sabah, di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Joachim berkata, tiada projek jambatan disenarai pendek di DUN Sook dalam RP1 RMK13.

Bagaimanapun katanya, sebuah projek jambatan iaitu menaik taraf Jambatan Sungai Sook di Jalan Tongulon Jaya, Kampung Delayan Baru, Sook, Keningau telah diluluskan di bawah RP5 RMK12 melalui peruntukan KKDW dan kini berada di peringkat perolehan tender sebelum pelaksanaan fizikal.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie