Pemuda UMNO Pahang kecewa tindakan DAPSY desak iktiraf UEC

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang mengecam tindakan DAPSY mendesak kerajaan mengiktiraf UEC menerusi cara keras seperti ‘kumpulan samseng’ serta tidak menghormati dasar negara.

Ketuanya, Kamil Ibrahim berkata, DAPSY seperti ‘gelabah dan tersepit’ sehingga memilih pendekatan menyerang kerajaan, berbanding berbahas secara rasional berhubung isu pengiktirafan UEC.

Dia menegaskan, kerajaan tidak pernah meminggirkan atau menekan sekolah persendirian Cina, malah bantuan kewangan dan ruang rundingan terus diberikan seperti tahun sebelumnya.

“Tapi DAPSY masih berlakon seolah-olah kerajaan ini zalim. Rakyat boleh bezakan antara fakta dan drama,” katanya dalam satu kenyataan.

Kamil turut membidas tindakan DAPSY mengungkit manifesto lama pihak lawan untuk menekan kerajaan.

Jelasnya, perubahan keperluan semasa menjadikan dasar kerajaan perlu bergerak mengikut konteks baharu.

“Bila DAPSY guna manifesto lama untuk cabar dasar negara, itu tanda mereka ketandusan idea, manifesto lama sudah tidak relevan dengan perubahan waktu,” katanya lagi.

Kenyataan ini hadir di tengah-tengah perdebatan berterusan mengenai kedudukan UEC dalam sistem pendidikan negara, yang sering menjadi isu sensitif antara parti politik dalam kerajaan dan pembangkang.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM