Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

BENTONG – Lapan pasangan pengantin diraikan dalam Program Anggun Suri Tahun 2025 Daerah Bentong di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong hari ini.

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, program itu adalah antara komponen Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) hasil cetusan idea Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Ia sebagai usaha meringankan beban khususnya golongan B40 dan belia yang ingin mendirikan rumah tangga,” katanya, lapor Pahang Media.

Menurutnya, lapan pasangan terbabit melalui keseluruhan proses perkahwinan bermula daripada sesi temuduga, akad nikah sehingga diraikan dalam majlis persandingan hari ini.

“Dan Alhamdulillah juga kehadiran daripada tetamu jemputan di sebelah pengantin lelaki dan juga (pengantin) perempuan… Alhamdulillah, dapat bersama-sama meraikan program ini.

“… dan juga apa yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik, insya-Allah,” katanya ketika ditemui selepas mewakili Wan Rosdy merasmikan majlis berkenaan.

Majlis turut dihadiri Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman; Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohamad Shahid Ismail dan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Pahang Parlimen Bentong, Datuk Roslin Abdul Rahman.

Amizar memaklumkan, penganjuran Anggun Suri di Bentong tampil dengan kelainan tersendiri termasuk konsep masakan yang berbeza daripada kebiasaan kenduri lain, selain penglibatan jawatankuasa pelaksana yang unik dan berstruktur.

“Dan persandingan juga kita buat secara beramai-ramai (mengikut) konsep Anggun Suri… kita tidak larilah daripada asas dia iaitu untuk kita menterjemahkan kepada masyarakat bahawanya dengan adanya persandingan ini memberikan pandangan yang positif bahawanya kita nak meraikan kedua-dua pengantin dengan hasrat dan tuntutan agama kita sendiri,” ujarnya.

Related Posts

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

KOTA KINABALU – Pengurusan trafik di sepanjang laluan Tebobon–Tuaran–Tamparuli yang sedang menjalani projek naik taraf jalan raya dan jambatan perlu dipertingkatkan bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna serta mengurangkan kesan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus komited memperjuangkan cadangan meletakkan sektor pelancongan di bawah Senarai Bersama (Concurrent List) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan semangat dan prinsip Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang