Al Fresco diperbaharui, sokong Sabah Maju Jaya dan persiapan Visit Malaysia 2026

KOTA KINABALU – Pembukaan semula restoran Al Fresco di The Magellan Sutera Resort dengan konsep baharu dilihat sebagai langkah seiring aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) dan persiapan negeri menjelang kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026), khususnya dalam memperkukuh sektor pelancongan dan hospitaliti berimpak tinggi.

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Sutera Harbour Group, Charlene Tan berkata, pembaharuan Al Fresco adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh produk pelancongan Sabah agar lebih kompetitif dan sejajar dengan jangkaan pasaran antarabangsa menjelang VM2026.

“Pembukaan semula Al Fresco menandakan komitmen kami dalam menyokong agenda pembangunan negeri dan nasional. 

“Kami bersedia menyambut peningkatan ketibaan pelancong dengan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, pengalaman dan tawaran kulinari yang lebih bermakna,” katanya pada majlis pratonton bersama media dan rakan industri di sini pada Jumaat.

Tambahnya, inisiatif berkenaan mencerminkan kesediaan pemain industri pelancongan tempatan untuk menyokong hala tuju pembangunan ekonomi negeri yang menekankan pertumbuhan mampan, penciptaan peluang pekerjaan serta peningkatan nilai rantaian industri pelancongan.

Menurut beliau lagi, konsep makan gaya keluarga yang diketengahkan selari dengan trend pelancongan berasaskan pengalaman, sekali gus menyokong matlamat SMJ untuk membangunkan sektor pelancongan yang inklusif dan memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat.

“Pembaharuan menu yang menampilkan kepelbagaian masakan serantau dan antarabangsa turut membuka peluang kepada rantaian bekalan tempatan, selaras dengan usaha memperkukuh ekonomi domestik melalui sektor hospitaliti.

“Selain itu, reka bentuk terbuka restoran yang menghadap laut dan suasana santai berlatarkan panorama matahari terbenam dilihat sebagai nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan pelancongan premium Sabah, sejajar sasaran SMJ untuk memposisikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan berkualiti dan berdaya saing di peringkat antarabangsa,” ujarnya. 

Beliau berkata usaha berterusan pemain industri seperti Sutera Harbour ini melengkapkan persiapan Sabah menghadapi VM2026, sekali gus menyokong sasaran nasional meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara.

Katanya, pembukaan semula Al Fresco bukan sahaja memperkaya landskap pelancongan negeri, malah mencerminkan keselarasan antara sektor swasta dan agenda pembangunan kerajaan dalam menjayakan Sabah Maju Jaya serta Visit Malaysia 2026.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017