‘Kapal makin karam, ahli Bersatu kembalilah ke pangkuan UMNO’

AHLI Bersatu yang kecewa dengan masalah dalaman parti itu yang semakin meruncing diseru untuk kembali ke pangkuan UMNO yang sudah terbukti sebagai parti tunjang orang Melayu sejak sekian lama.

Penganalisis politik, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, Bersatu yang lahir daripada serpihan UMNO sewajarnya untuk ahli parti itu kembali ke parti asal mereka sekali gus mengukuhkan kekuatan UMNO.

“Politik kita hari ini ibarat keluarga besar yang berpecah hanya kerana ego dan emosi. Dulu satu keluarga besar Melayu dalam UMNO, kini berpecah menjadi beberapa kumpulan iaitu Bersatu, Pejuang, Putra, dan entah apa lagi. Akibatnya bangsa sendiri menjadi lemah, kuasa politik makin tergugat, yang untung hanyalah pihak lawan yang menangguk di air keruh.

“Kini, dengan krisis dalaman Bersatu semakin terbuka, 14 bahagian di Perak mendesak Presiden berundur, pemecatan ahli-ahli setia, dan prestasi hambar dalam PRN Sabah , saya fikir ahli Bersatu tidak perlu menunggu kapal karam baru mahu menyelamatkan diri. Realitinya, kapal Bersatu sudah lama bocor, cuma ramai enggan mengaku.

“Jadi apa pilihan yang ada? Jawapannya mudah iaitu pulang semula ke pangkuan UMNO. Kembali memperkuatkan satu parti Melayu yang telah terbukti menjadi tunjang kepada kestabilan negara sejak sekian lama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, media melaporkan 14 bahagian Bersatu di Perak yang melibatkan Tanjung Malim, Pasir Salak, Teluk Intan, Tapah, Kampar, Gopeng, Parit, Beruas, Ipoh Timur, Padang Rengas, Bukit Gantang, Bagan Serai, Larut, dan Gerik menyatakan secara terbuka mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur dan melepaskan jawatan Presiden parti itu.

Sebelum ini, pemimpin Bersatu Sabah turut menggesa supaya Muhyiddin melepaskan jawatan susulan prestasi terus Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, UMNO mungkin bukan sempurna, tetapi parti itu sedang melalui proses pembaikan, pembaharuan dan kini lebih inklusif di bawah kerjasama Kerajaan Perpaduan.

“Kalau dulu keluar kerana marah dan kecewa, hari ini UMNO bukan lagi seperti semalam. Pintu terbuka, tangan dihulur.

“Daripada terus berpecah dan saling menuding sesama sendiri, bukankah lebih baik kembali ke akar perjuangan asal? Masuk semula ke dalam UMNO bukan tanda mengaku kalah, tetapi langkah berani demi kestabilan politik dan perpaduan bangsa.

“Lebih baik berpatah balik sebelum hanyut lebih jauh. Kerana kadangkala, rumah yang pernah kita tinggalkan itu, sebenarnya tempat paling selamat untuk kita pulang,” katanya.

Azhar menambah, orang Melayu tidak memerlukan banyak parti sebagai wadah politik mereka kerana ia tidak memberi keuntungan untuk jangka masa panjang.

“Semakin banyak parti Melayu, semakin bercelaru suara, semakin mudah ditundukkan oleh pihak luar. Sedangkan bangsa lain kukuh di bawah satu panji, kita masih sibuk berebut jawatan dalam rumah yang makin retak.

“UMNO hari ini bukan lagi parti yang sama seperti dulu. Ia sedang berubah, lebih terbuka, dan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang stabil di bawah pimpinan PMX. Inilah peluang untuk membina semula kekuatan politik Melayu dengan lebih matang dan bersatu.

“Berundur dari perpecahan bukan satu kelemahan itu langkah berani demi masa depan. Kembali ke pangkuan UMNO bukan bermakna tunduk, tapi tanda bijak membaca masa depan. Cukuplah berbalah sesama sendiri. Sudah tiba masa Melayu kembali bersatu, bukan berpuak-puak,” katanya.

Related Posts

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

PAS mungkin satu-satunya parti politik di negara ini yang gemar mengulangi episod drama bersiri di mana peristiwa lampau menempatkan Pas sebagai parti yang lahir pada 24 November 1951 hasil tantangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan keputusannya meninggalkan parti itu dengan menegaskan tindakannya bukan berpunca daripada kegagalan anaknya dipilih sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli