Jangan politikkan UEC, rakyat bebas pilih sistem pendidikan – Johari

TIDAK perlu mempolitikkan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana rakyat bebas memilih sistem pendidikan masing-masing, kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Naib Presiden UMNO itu berkata, perkara paling asas yang perlu dijaga ialah sikap saling hormat terhadap sistem pendidikan yang wujud dalam negara.

“Setiap ahli politik mempunyai pandangan masing-masing, namun perkara paling asas ialah memastikan rakyat dapat menghormati kepelbagaian yang wujud dalam negara.

“Jika anda rasa anda tidak suka UEC, maka tidak perlu mengambil aliran itu. Jika ada yang suka UEC, dan mereka fikir ia diiktiraf di peringkat antarabangsa, itu pilihan mereka,” katanya selepas Majlis Pelancaran UK – PACT 2.0, di ibu negara, hari ini.

Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, Malaysia menyediakan pelbagai laluan pendidikan bergantung kepada keperluan dan pilihan masing-masing.

“Dalam negara kita, terdapat banyak pilihan, universiti mana yang mahu dimasuki, aliran apa yang mahu diambil termasuk arus perdana mana yang mahu dipilih. Tidak ada paksaan.

“Tetapi jika anda masuk sekolah kebangsaan, ia sudah mempunyai silibus yang ditetapkan dan diselaraskan. Jadi saya rasa kita tidak perlu mempolitikkan perkara seperti ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.

Susulan itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menempelak DAP dengan menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan