Kampung Piasau Utara dimajukan menerusi Projek Kampung Angkat MADANI 2025

MIRI – Penduduk Kampung Piasau Utara kini menikmati pelbagai kemudahan baharu hasil pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) 2025 anjuran Kementerian Digital, yang memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, keselamatan serta transformasi digital bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat.

Majlis penyerahan projek yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Piasau Utara itu menyaksikan kerjasama erat antara kerajaan, pemimpin tempatan dan penduduk kampung dalam menjayakan inisiatif berimpak tinggi tersebut.

Projek bernilai RM1 juta itu melibatkan kerja-kerja baik pulih pusat keagamaan dan komuniti, pemasangan lampu solar LED, serta penyediaan sebuah van jenazah baharu untuk kegunaan penduduk.

Selain itu, Kementerian Digital turut menganjurkan Kursus ‘AI For My Future’ pada 8 Disember 2025 di Dewan Serbaguna NADI, bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai Kecerdasan Buatan (AI), penggunaan teknologi digital secara selamat serta manfaatnya dalam kehidupan seharian.

Antara inisiatif utama Projek KAM yang disempurnakan ialah naik taraf infrastruktur asas menerusi kerja baik pulih Masjid Darul Hijrah, Holy Rosary Chapel dan Dewan Serbaguna Kampung Piasau Utara sebagai pusat aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Bagi meningkatkan aspek keselamatan, lampu solar LED dipasang di laluan jalan utama bagi memastikan persekitaran lebih selamat terutama pada waktu malam.

Dalam memastikan pengurusan kampung berjalan lebih tersusun, sebuah van jenazah baharu turut disediakan khusus untuk kegunaan penduduk.

Kemudahan ini memudahkan urusan pengangkutan jenazah secara lebih sistematik dan berkesan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Digital Fabian Bigar berharap semua kemudahan yang disediakan dapat dijaga dengan baik dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk sebagai pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi yang lebih dinamik, mampan dan sejajar dengan kemajuan digital luar bandar.

Majlis tersebut berakhir dengan penyerahan rasmi Projek Kampung Angkat MADANI kepada penduduk Kampung Piasau Utara, sekali gus menandakan permulaan fasa baharu pembangunan sosiodigital di kampung berkenaan.

Turut hadir ialah Pengarah Pembangunan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Datuk Jasni Jubli; Timbalan Datuk Bandar Miri, Majlis Bandaraya Miri, Cr Ariffin Mohamad; pegawai-pegawai kanan Kementerian Digital, wakil jabatan serta agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak, selain ketua-ketua kaum, pemanca, barisan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk Kampung Piasau Utara.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi