Suami bergelut dengan penceroboh rumah demi selamatkan isteri

KUANTAN – Seorang lelaki nekad bergelut melepaskan isterinya daripada penjenayah yang menceroboh masuk kediaman mereka di Taman Bentong Makmur, dekat Bentong, Khamis lalu.

Tindakan berani lelaki berusia 36 tahun itu berjaya menyelamatkan nyawa isterinya apabila suspek melarikan diri selepas berlaku pergelutan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 36 tahun mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan leher.

Menurutnya, suspek melepaskan diri melalui balkoni rumah di tingkat atas dengan tangan kosong.

“Siasatan awal pihak polis mendapati suspek masuk ke rumah mangsa dengan memanjat pagar rumah bersebelahan yang tidak berpenghuni.

“Suspek seterusnya naik ke balkoni bilik tidur di tingkat satu dan masuk ke dalam rumah melalui pintu bilik tidur yang tidak berkunci,” katanya, lapor Sinar Harian.

Zaiham berkata, menyedari mangsa berada seorang diri di ruang tamu, suspek bertindak memaut leher dan menutup mulut wanita itu dari arah belakang.

“Suami mangsa yang kebetulan pulang ke rumah pada waktu itu menyedari kejadian tersebut dan bergelut dengan suspek.

“Walau bagaimanapun, suspek dapat melepaskan diri namun gagal melarikan barang berharga milik mangsa,” jelasnya.

Tambahnya, susulan kejadian, pihak polis segera menggerakkan pasukan untuk mengesan suspek.

Katanya, bertindak atas maklumat orang awam, polis berjaya mengesan dan memberkas suspek berusia 21 tahun di kawasan premis perniagaan di Taman Bentong Makmur kira-kira jam 11 malam, hari sama.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek yang memiliki satu rekod jenayah lampau itu kini direman sehingga 9 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Related Posts

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan