KEMAS jambatan antara guru dengan masyarakat – Hasbi Habibollah

LIMBANG – Seramai 143 kanak-kanak tabika dan taska KEMAS menerima sijil masing-masing manakala 35 lagi dinobatkan sebagai Kanak-Kanak Cemerlang sempena Hari Apresiasi Tabika/Taska KEMAS Peringkat Parlimen Limbang 2025 di Auditorium Hwa Zi, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa pada Sabtu.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Haji Hasbi Habibollah yang juga Ahli Parlimen Limbang.

Dalam ucapannya, Hasbi merakamkan penghargaan kepada KEMAS atas usaha berterusan menyediakan pendidikan awal berkualiti termasuk kepada kanak-kanak di kawasan luar bandar.

Menurutnya, komitmen KEMAS dalam memastikan setiap program dilaksanakan mengikut objektif yang ditetapkan wajar diberikan pujian, khususnya dalam membentuk persaingan sihat dari aspek akademik dan kokurikulum.

“KEMAS bukan sekadar menyediakan pendidikan awal, malah berperanan sebagai jambatan yang mengeratkan hubungan antara guru, ibu bapa dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran Hari Apresiasi yang diadakan setiap tahun berperanan sebagai platform menghargai pencapaian kanak-kanak di samping meningkatkan keyakinan diri mereka dalam pelbagai bidang.

Menurutnya lagi, program seumpama itu turut membantu mengubah persepsi masyarakat terhadap mutu pendidikan KEMAS serta mengukuhkan hubungan antara tabika, taska dan komuniti setempat.

Mengulas lanjut, Hasbi turut mengingatkan tentang kepentingan keselamatan jalan raya memandangkan lebih 6,000 kematian direkodkan setiap tahun akibat kemalangan.

“Kita berharap KEMAS dapat menerapkan budaya keselamatan jalan raya sejak peringkat awal agar kanak-kanak lebih peka tentang kepentingannya apabila dewasa kelak,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan terus komited dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan kerana setiap kehilangan nyawa memberi kesan besar kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Pada majlis itu, Hasbi turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa atas sokongan berterusan terhadap perkembangan pendidikan awal anak-anak.

“Teruskan usaha murni ini agar kita dapat bersama-sama membentuk generasi yang berkeyakinan, berdisiplin serta seimbang dari segi sosial, emosi, fizikal, intelek dan rohani,” katanya.

Hadir sama Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal; Pegawai KEMAS Bahagian Limbang, Khairul Amri Abdul Rahman; Pegawai GIATMARA Daerah Limbang, Hanafi Abdul Rahaman serta Pegawai Stesen RISDA Bahagian Limbang, Mahadi Mokhtar.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET