Lebih banyak program untuk FELDA menerusi Belanjawan Pahang 2026

KUANTAN – Peruntukan besar diumumkan Kerajaan Pahang bagi memperkasakan komuniti FELDA perlu digunakan sebaik mungkin.

Timbalan Pengerusi Kami Anak FELDA (KAF) Wilayah Kuantan, Faisal Abd Samad berkata, pelbagai program dilaksanakan Sekretariat Muafakat FELDA Pahang sepanjang tahun ini, perlu diteruskan.

“Semalam Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi Belanjawan Pahang 2026 mengumumkan RM5 juta kepada sekretariat itu yang diterajui Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Amizar Abu Adam.

“Saya yakin ia dapat memberi nilai tambah kepada program sedia ada dan seterusnya mengadakan pelbagai program baharu, terutamanya untuk generasi kedua FELDA,” katanya.

Beliau memaklumkan, pelaksanaan program seperti Jelajah Klinik Tok Wan, Kembara Muafakat FELDA Pahang, Sumbangan Makmur serta Program Pembangunan Pendidikan FELDA adalah antara program yang memberi impak secara langsung kepada warga peneroka di negeri ini.

“Program-program ini berperanan sebagai jambatan antara warga FELDA dan kerajaan negeri bagi memastikan kemakmuran komuniti FELDA terus berkekalan,” katanya.

Faisal turut berharap kerajaan Pahang juga dapat memberi perhatian terhadap isu pemilikan kediaman yang masih dihadapi generasi baharu FELDA di negeri ini.

“Ini antara masalah yang masih membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA… isu perumahan yang saya fikir perlu diberi perhatian khusus oleh kerajaan Pahang.

“Saya faham kerajaan negeri memang sentiasa berusaha mencari jalan bagi menyelesaikan isu atau masalah ini.

“Selain itu, saya juga menaruh harapan agar kerajaan Pahang dan pihak sekretariat menumpukan kepada pembangunan bakat dalam kalangan anak muda FELDA membabitkan kemahiran seperti kecerdasan buatan (AI),” jelasnya.

Beliau menjelaskan, adalah menjadi satu kerugian jika perkembangan teknologi AI tidak dikuasai semua pihak, termasuk generasi muda di tanah rancangan.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan pembangkang kononnya belanjawan dibentangkan Wan Rosdy seperti ‘menyambut’ pilihan raya.

“Kenapa pula nak kata itu belanjawan ‘gula-gula’… sedangkan memang setiap tahun kerajaan Pahang mengagihkan bermacam-macam insentif kepada rakyat.

“Saya fikir ia bukan tepat, kerana kita tahu apa yang kerajaan Pahang buat,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan