MCMC lapor hampir 1,600 permohonan turun kandungan berunsur perkauman

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa hampir 1,600 permohonan penurunan kandungan berunsur perkauman dibuat sepanjang 11 bulan pertama tahun ini, menunjukkan peningkatan kes yang melibatkan penyalahgunaan platform digital bagi isu sensitif kaum.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengemukakan sejumlah 1,583 permohonan penurunan kandungan yang mempunyai unsur perkauman dari tempoh 1 Januari hingga 30 November, tahun ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,066 (67 peratus) kandungan diturunkan oleh penyedia perkhidmatan berdasarkan garis panduan komuniti mereka dan undang-undang tempatan yang berkuat kuasa.

“Tindakan yang diambil oleh MCMC adalah selaras dengan tanggungjawab dan keperluan di bawah peruntukan Akta 588.

“Ini bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan maklumat palsu, ucapan berbaur kebencian, serta melindungi integriti Raja berperlembagaan dan institusi demokrasi daripada sebarang percubaan untuk mencetuskan kebencian atau penghinaan.

“Tindakan permohonan penurunan kandungan dilakukan selaras dengan lunas perundangan sedia ada bagi memastikan kebebasan bersuara rakyat tidak disalahgunakan, tanpa mengira latar belakang atau pegangan politik individu atau entiti tertentu.

“Ini bagi mengimbangi hak individu dan kepentingan awam dapat dijaga demi kesejahteraan bersama,” katanya dalam jawapan lisan menjawab pertanyaan V Ganabatirau (PH-Klang).

Tambah Fahmi, bagi membolehkan MCMC menjalankan semakan serta siasatan lanjut terhadap isu-isu seumpama ini, aduan rasmi boleh dibuat kepada MCMC melalui portal aduan di https://aduan.mcmc.gov.my atau aduan bertulis secara terus kepada mana-mana pejabat negeri MCMC.

Katanya, tindakan siasatan bagi isu 3R adalah di bawah tanggungjawab PDRM, selaras dengan peruntukan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, Akta 574 dan Akta 588, manakala pendakwaan diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara.

Related Posts

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang