Inkues Zara: Saksi akui wujud budaya ‘ragging’ di asrama lelaki

KOTA KINABALU – Saksi ke-56 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada Rabu memberitahu mahkamah bahawa wujud budaya ‘ragging’ di asrama termasuk arahan mengambil air dan menggosok pakaian.

Pengakuan itu dibuat, saksi, yang merupakan guru dan setiausaha unit disiplin sekolah, Muliati Alihhuddin, 42. 

Menurut peguam yang mewakili ibu Zara bagaimanapun, saksi berkata, budaya ‘ragging’ hanya pernah berlaku di asrama lelaki yang mana beliau tidak pernah menerima sebarang aduan berkaitan ‘ragging’ di asrama perempuan.

“Terdapat juga kes ‘ragging’ ada juga contohnya menyuruh mengambil air, iron baju yang melibatkan asrama lelaki. 

“Namun, saksi tidak pernah menerima aduan mengenai kes ‘ragging’ di asrama perempuan,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu. 

Kenyataan bersama dikeluarkan oleh peguam Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan  Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James. 

Jelasnya, saksi bekata, sekolah sebelum ini pernah melaksanakan hukuman rotan, namun beliau tidak pasti bila amalan itu dihentikan. 

Katanya, saksi turut menyatakan pandangan peribadi bahawa hukuman rotan wajar diperkenalkan semula.

Tambahnya, semasa prosiding inkues, saksi dilihat agak berhati-hati apabila ditanya mengenai butiran sebarang insiden yang boleh dikatakan sebagai buli.

“Termasuk satu insiden seterika baju dan pelajar senior lelaki menampar dan menendang pelajar junior di asrama lelaki yang dirujuk awal oleh peguam. 

“Apabila diminta menjelaskan lebih lanjut, saksi beberapa kali cuma menganggap insiden seperti itu sebagai kes iron baju dan bukan kes buli,” ujarnya.

Related Posts

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memohon Kementerian Kewangan mempertimbangkan kenaikan cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2027, sebagai langkah membendung peningkatan tabiat merokok dalam kalangan golongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera