Pejabat Parlimen Sandakan nafi salah faham isu komen tular Ahli Parlimen

SANDAKAN – Pejabat Parlimen Sandakan menafikan sebarang salah faham yang timbul berhubung balasan komen tular di Facebook melibatkan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

Menurut Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Sandakan, Asrul Abdul Samat, salah faham timbul dalam kalangan masyarakat mengenai maksud sebenar jawapan yang diberikan oleh Vivian.

Beliau menjelaskan bahawa jawapan tersebut bertujuan memberi ruang dan peluang kepada wakil rakyat negeri yang baru dipilih untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Majoriti masalah di Sandakan seperti isu air, lampu jalan, jalan rosak, penyelenggaraan rumput dan perparitan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Jawapan YB Vivian tidak mengandungi unsur menyakiti mana-mana pihak dan bukan untuk menyinggung sesiapa,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Asrul menambah bahawa penegasan itu dibuat supaya setiap aduan disalurkan melalui saluran yang betul, membolehkan wakil rakyat menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan.

“Ia bukan satu bentuk pelepasan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, sebaliknya menegaskan bahawa aduan rakyat perlu dipanjangkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat terlebih dahulu,” jelasnya.

Pejabat Parlimen Sandakan menyatakan komitmen mereka untuk terus membantu masyarakat melalui pemantauan, tinjauan dan pengumpulan aduan bagi dipanjangkan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi tindakan susulan.

Asrul berharap salah faham ini dapat diperbetulkan dan masyarakat menilai kenyataan tersebut secara terbuka serta profesional.

“Marilah kita membudayakan komunikasi matang, saling menghormati dan fokus kepada penyelesaian masalah demi kemajuan Sandakan yang kita cintai,” ujarnya.

Related Posts

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan status kekosongan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dimuktamadkan minggu ini sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tindakan selanjutnya.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

PEKAN – Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan tiga pengguna jalan raya termasuk dua beranak, maut pada Jun lalu. Tertuduh,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran