PM sifatkan kritikan pembangkang terhadap siasatan SPRM tidak berasas

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kritikan pembangkang terhadap proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah tidak berasas, kerana bekas Setiausaha Politik Kanan itu tidak menerima sebarang layanan istimewa sepanjang prosedur yang dijalankan.

Perdana Menteri berkata, beliau sama sekali tidak mempertahankan Shamsul Iskandar, malah bekas kakitangannya itu turut melalui proses tangkapan lengkap termasuk digari.

Malah, beliau menegaskan sekali lagi bahawa tiada campur tangan atau ‘teguran’ oleh pihaknya terhadap SPRM yang diberikan kebebasan sepenuhnya sepanjang proses siasatan terbabit.

“Dalam kes yang sekarang disiasat SPRM. Cuba lihat, hendak suruh buat apa lagi? Orang itu digari dengan baju oren. Saya rasa banyak kes berat yang lain tidak digaripun.

“Tidak puas hati lagi ke? Jadi saya (rasa) setakat itu dan saya tidak tegur sepatahpun kepada SPRM. Saya sudah bagitahu, dia bebas untuk siasat, dia siasatlah. Dia nak suruh apa lagi?

“Saya tidak pertahankan staf (kakitangan) saya. Saya hendak tanya mengapa hendak pertahankan orang lain?” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN–Masjid Tanah) berhubung kenyataan Anwar sebelum ini yang menyatakan peletakan jawatan Shamsul Iskandar sebagai bukti integriti Kerajaan MADANI.

Jumaat lalu, Shamsul Iskandar direman enam hari sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan pemberian rasuah oleh ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei.

Shamsul Iskandar meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri selepas mendakwa terdapat usaha menggunakan kontroversi tersebut untuk menjatuhkan reputasinya dan imej kerajaan.

Related Posts

PRU tidak dalam masa terdekat, Kerajaan Perpaduan kekal hingga akhir penggal – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum (PRU) tidak dijangka diadakan dalam masa terdekat berikutan Kerajaan Perpaduan kekal komited meneruskan pentadbiran sehingga tamat penggal. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan supaya siasatan susulan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanakan secara menyeluruh tanpa melindungi mana-mana pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Limbang perlu perkasa promosi pelancongan, manfaat akses SSLR

Limbang perlu perkasa promosi pelancongan, manfaat akses SSLR

PRU tidak dalam masa terdekat, Kerajaan Perpaduan kekal hingga akhir penggal – Fahmi

PRU tidak dalam masa terdekat, Kerajaan Perpaduan kekal hingga akhir penggal – Fahmi

Sarikei perlu perkasa kemudahan kesihatan, pendidikan dan sukan

Sarikei perlu perkasa kemudahan kesihatan, pendidikan dan sukan

JKKK Penampang diseru bersatu jayakan Pelan Induk Pembangunan 2024–2035

JKKK Penampang diseru bersatu jayakan Pelan Induk Pembangunan 2024–2035

RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka