Kerajaan teliti prestasi, keperluan agensi sebelum lanjut kontrak

KEPUTUSAN berhubung perlanjutan kontrak penjawat awam tidak dibuat secara automatik, sebaliknya melalui penelitian tiga faktor utama, termasuk prestasi semasa dan keperluan khusus agensi yang terlibat.

Proses berkenaan turut mengambil kira pertimbangan sesuai mengikut keperluan pada masa tertentu.

Penilaian prestasi merupakan salah satu faktor utama yang bakal menentukan sama ada kontrak penjawat awam akan disambung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan mengenai perkara itu turut bergantung kepada keperluan agensi berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, proses memuktamadkan keputusan tersebut akan mengambil kira pertimbangan yang sesuai pada masa berkenaan.

“Selaras Peraturan 23(1)(h) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, pertanyaan mengenai cadangan atau rancangan masa depan bersifat spekulatif tidak sesuai untuk dijawab secara khusus.

“Ini kerana ia membabitkan perkara yang ‘belum menjadi masalah’ atau bersifat ‘dimisal-misalkan sahaja’.

“Kerajaan juga komited memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beroperasi secara berkesan dan akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan negara serta rakyat apabila tiba masanya,” katanya.

Azalina menjawab soalan Datuk Seri Rafizi Ramli (PH–Pandan) berhubung cadangan menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, bagi kali keempat, menerusi jawapan bertulis di portal Parlimen.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Azam sekali lagi diberi mandat menerajui SPRM untuk tempoh setahun, berkuat kuasa 13 Mei, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Sebelum itu, pada Mei 2024, Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh setahun bermula 12 Mei tahun sama. Ia merupakan lanjutan kedua selepas pelantikan semula pertama yang dibuat pada 12 Mei 2023.

Related Posts

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

KUALA LUMPUR – Prosiding pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dijadual berlangsung di Mahkamah Sesyen hari ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di Mahkamah Sesyen hari ini, masih menerima rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Bersatu automatik gugur daripada PN – Hadi Awang

Bersatu automatik gugur daripada PN – Hadi Awang

Pencari lokan berjaya keluar dari hutan, operasi SAR ditamatkan

Pencari lokan berjaya keluar dari hutan, operasi SAR ditamatkan

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini