Penguatkuasaan trafik dipertingkat, kemalangan jalan raya menurun sepanjang 2025

SARATOK – Komitmen tinggi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus dibuktikan apabila sebanyak 84 operasi penguatkuasaan dijalankan sepanjang tahun 2025.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi tersebut melibatkan pelaksanaan Op Motosikal, Op Kenderaan Berat, Op Pematuhan Lalu Lintas, Op Bersepadu serta beberapa operasi khas lain.

“Keseluruhan operasi ini dilaksanakan secara berfokus bagi meningkatkan disiplin pemanduan dan mencegah kemalangan. Ia merupakan usaha berterusan kami untuk memastikan pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap terbaik,” katanya dalam kenyataan.

Sepanjang operasi tersebut, anggota trafik telah mengeluarkan 1,351 saman (K257) dan 18 Notis Pemberitahuan Saman bagi pelbagai kesalahan lalu lintas.

Menurut Mathew lagi, penguatkuasaan berterusan itu menunjukkan hasil positif apabila statistik kemalangan di Saratok menurun berbanding tahun sebelumnya.

Daripada 82 kes kemalangan direkodkan sepanjang 2025, lima kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tiga kes di bawah Seksyen 43, manakala 74 kes lagi melibatkan kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan 1959.

Beliau menegaskan bahawa fokus utama Bahagian Trafik IPD Saratok adalah memastikan masyarakat memahami undang-undang keselamatan jalan raya melalui pendekatan penguatkuasaan dan pendidikan.

“Kami akan terus melaksanakan operasi dari semasa ke semasa bagi mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin serta tidak melanggar undang-undang,” jelasnya.

Tambah beliau, kerjasama strategik bersama agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan terus dipergiat bagi memastikan setiap aspek penguatkuasaan berada pada tahap optimum di daerah ini.

“Kerjasama ini amat penting untuk mencapai matlamat keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna jalan raya di Saratok,” jelas Mathew.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar