Gol penting Olmo lonjak Barcelona atasi Alaves

BARCELONA melonjak sementara ke puncak La Liga selepas menewaskan Alaves 3-1 di Camp Nou awal pagi tadi, dengan Dani Olmo menjadi pemusnah utama menerusi dua jaringan penting.

Barcelona dikejutkan seawal minit pertama apabila Pablo Ibanez menghukum kesilapan Marc Casado selepas sepakan sudut, namun pasukan tuan rumah bangkit melalui Lamine Yamal yang meledak gol penyamaan hasil hantaran rendah Raphinha yang kembali daripada kecederaan.

Olmo kemudian meletakkan Barca di depan pada pertengahan babak pertama sebelum menambah satu lagi gol dalam masa kecederaan untuk memastikan kemenangan selesa.

Olmo mengakui mereka tersentak dengan gol awal tetapi memuji kebangkitan rakan sepasukan.

“Mereka mengejutkan kami di minit pertama, tetapi pasukan bangkit dengan baik, mengekalkan idea permainan kami,” kata Olmo kepada Reuters.

Kemenangan itu membolehkan Barcelona memintas sementara Real Madrid dengan kelebihan dua mata, dengan skuad Xabi Alonso bakal beraksi menentang Girona malam ini.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai