Hajiji mengundi di SK Serusup

TUARAN – Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Serusup, di sini, untuk mengundi.

Beliau yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) itu tiba di pekarangan sekolah berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Hajiji berkata, beliau berharap rakyat akan keluar mengundi nenunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

“Saya menerima laporan awal bahawa proses pengundian berjalan dengan baik, aman dan teratur.

“Walaupun ramai calon yang bertanding tetapi keharmonian dapat dipertahankan.

“Oleh itu saya meminta rakyat untuk keluar awal mengundi kerana kita risau petang akan hujan,” katanya kepada media selepas mengundi di SK Serusup di sini pada Sabtu.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Hajiji mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.

Beliau ditentang empat calon iaitu calon Barisan Nasional (BN), Dr Shahnon Rizal Thaijuddin; Moktar Hussin (Parti Warisan), Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah) dan Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional).

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow