Anwar beri Zaidi masa sebulan kemuka senarai masalah di Bandau jika diberi mandat

KOTA MARUDU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tempoh sebulan kepada calon PH DUN Bandau, Zaidi Jatil untuk mengemukakan senarai masalah di Bandau kepadanya jika diberi mandat dalam PRN17 Sabah pada 29 November ini.

“Pilih wakil yang boleh runding dengan saya, pilih wakil yang jaga Bandau.

“Menang sahaja Zaidi saya bagi dia tempoh sebulan bubuh senarai apa masalah di Bandau.

“Sebulan daripada 29 November. Tidak apa, kita tangguh minggu pertama Januari,” katanya ketika berucap di program Temu Rapat PMX Sayang Sabah di pekarangan hadapan 10 Stars Cinema, di sini pada Khamis.

Anwar turut menggesa penduduk Bandau untuk menyampaikan aduan dan isu di kawasan mereka kepada Zaidi agar dapat dibantu.

“Semua yang ada, bagi tahu Zaidi apa masalah dan insya-Allah sedaya upaya kita bantu.

“Saya insyaAllah tidak akan lupa dan saya akan guna kuasa saya sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk cari jalan sebaik mungkin bantu bandau dan negeri Sabah,” ujarnya.

Beliau berkata, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah amat penting jika mahu selamatkan negara yang mana perlu saling membantu.

“Mahu selamat negara ini Sabah dan Persekutuan mesti kerjasama. Mahu kerjasama betul-betul negeri Sabah mesti dibantu, Sabah bantu Persekutuan, Persekutuan bantu Sabah baru boleh selamat.

“Kalau mahu ajak gaduh-gaduh, ada tanding bebas, tanding parti-parti lawan Persekutuan siapa mahu peduli nanti?

“Saya Perdana Menteri kena jaga semua. Sebab itu peruntukan kita bagi banyak dan sebab itu Kerajaan Negeri mesti selari dengan kita jangan musuh dengan kita,” ujarnya.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM