Seminar Sarawak Lestari Zon Selatan 2025 galak penglibatan komuniti, jadi ejen kelestarian

KUCHING – Seminar Sarawak Lestari Zon Selatan 2025 anjuran Pustaka Negeri Sarawak berlangsung pada Khamis sebagai platform memperkukuh advokasi pembangunan lestari di seluruh Sarawak. 

Program ini menekankan enam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) utama meliputi air bersih, tenaga bersih, penggunaan bertanggungjawab, tindakan iklim, hidupan di bawah air dan kehidupan di darat. 

Seminar turut menampilkan panel daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Sarawak (PUSAKA), Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar serta Sarawak Biodiversity Centre (SBC) bagi mengupas isu pengurusan sumber asli dan biodiversiti.

Seiring seminar, beberapa bengkel praktikal turut dianjurkan, termasuk Terrarium Mini Garden, Candle Making dan Sustainable Denim yang berlangsung di aras dua hotel berkenaan. 

Penyertaan aktif peserta, termasuk warga emas, menyerlahkan komitmen masyarakat terhadap program kelestarian. 

Peserta Roslinda menyifatkan bengkel yang disertainya sebagai sarat dengan pengetahuan baharu serta memberikan pengalaman yang amat bermanfaat.

“Saya memperoleh banyak ilmu baharu selepas mengikuti bengkel ini,” katanya.

Sementara itu, peserta, Zaiton Jemain berkongsi perasaan gembira selepas menyertai aktiviti tersebut.

Sementara itu, pihak Pustaka Negeri Sarawak turut menegaskan kepentingan warga emas sebagai ejen kelestarian. 

“Golongan ini memiliki pengalaman hidup luas, mempraktikkan nilai berjimat cermat, tidak membazir dan mengguna semula, selain dihormati masyarakat sehingga mesej kelestarian lebih mudah diterima.

“Penglibatan mereka juga merapatkan jurang generasi dan menyumbang kepada kesejahteraan warga emas melalui aktiviti komuniti. 

Selain itu, warga emas merupakan aset penting yang mampu menjadi sumber ilmu dan inspirasi dalam menjayakan agenda kelestarian negeri. 

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam