Anak muda perlu angkat martabat ilmu, jauhi politik perkauman – PMX

INANAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru golongan muda Sabah supaya melihat diri mereka sebagai penjaga masa depan negeri dan negara dengan menjadikan pendidikan, perpaduan serta tindakan politik yang bijaksana sebagai asas kemajuan jangka panjang.

Anwar berkata, generasi muda Sabah perlu memastikan kecemerlangan akademik terus dikekalkan sebagai persediaan memikul tanggungjawab lebih besar untuk keluarga, negeri dan negara.

“Menimba ilmu ini untuk apa? Untuk berjaya, jaga diri, jaga keluarga, jaga negeri, jaga negara. 

“Apa guna jadi pintar kalau tidak tahu mengangkat martabat insan.

”Bukan guna ilmu untuk menyusahkan manusia,” katanya semasa berucap semasa Program Townhall PMX bersama Anak Muda Inanam di sini pada Khamis.

Beliau turut mengingatkan bahawa Malaysia sedang berada di landasan kemajuan yang membanggakan dan keadaan itu hanya dapat dipertahankan jika generasi muda memahami nilai kebenaran serta keadilan.

Menurutnya, Sabah merupakan negeri yang unik kerana dihuni pelbagai etnik seperti Kadazan, Dusun, Murut, Bugis, Cina dan Melayu, namun semua kumpulan itu perlu dilihat sebagai satu keluarga yang membentuk Sabah yang kukuh.

“Kalau ada parti kempen kaum ini, kaum itu… itu semua mengarut. 

“Mereka ingin melindungi diri mereka sendiri, bukan orang lain.

”Jika anda ingin melindungi Sabah, jemput semua orang bersama,” katanya.

Anwar berkata, hubungan harmoni serta kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri penting untuk memastikan projek pembangunan, sekolah baharu serta usaha meningkatkan pendidikan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Beliau turut berkata bahawa kerajaan sedang merancang menubuhkan kolej khas tingkatan enam di Sabah, selaras dengan penambahbaikan pendidikan yang diperlukan negeri itu.

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan pengundi muda yang pertama kali akan mengundi pada 29 November supaya membuat pilihan secara matang.

“Ada yang first time mengundi? Do the right thing,” katanya sambil menyeru mereka memilih calon PH untuk memastikan kesinambungan kerjasama antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah