Hujan lebat tahap bahaya di Terengganu hingga Jumaat

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya membabitkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu yang dijangka berlaku hingga Jumaat ini.

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, beberapa daerah lain di negeri itu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, selain keseluruhan kawasan di Kelantan pula dijangka mengalami hujan berterusan tahap buruk bermula hari ini.

Beliau berkata, amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan bagi Perlis, Hulu Perak di Perak dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling untuk hari ini.

“Amaran sama dikeluarkan hingga esok bagi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, dan Kuantan Pahang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, amaran sama berkuatkuasa mulai Jumaat hingga Sabtu ini turut dikeluarkan bagi Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah melibatkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu, serta Johor di Tangkak dan Segamat.

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran ribut tropika (Senyar) kira-kira 268 kilometer ke Barat Daya Lumut, Perak yang boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca, serta media sosial rasmi METMalaysia. Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui hotline 1-300-22-1638.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula