JPN Perlis guna lori tiga tan angkut kertas soalan, calon SPM

KANGAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis menggerakkan tiga lori tiga tan bagi memastikan kertas soalan, petugas dan calon SPM sampai ke pusat peperiksaan yang terjejas banjir.

Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin berkata, langkah itu diambil selepas 393 calon dikenal pasti terkesan akibat banjir di beberapa kawasan sejak semalam.

“Situasi ini membabitkan 12 rumah calon dimasuki air, 243 calon di pusat peperiksaan terjejas dan 138 calon berdepan gangguan akses ke pusat peperiksaan,” katanya.

“Lima pusat peperiksaan turut terjejas banjir iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hussein, Sekolah Menengah Agama Al-Maad, SMK Dato’ Sheikh Ahmad, SMK Agama Arau dan SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah,” katanya.

Beliau berkata, pusat alternatif di tingkat atas sekolah terlibat telah diaktifkan selain memindahkan pusat peperiksaan SMK Dato’ Sheikh Ahmad ke Kolej Matrikulasi Perlis.

Seramai 3,754 calon bakal menduduki SPM di 36 pusat peperiksaan seluruh negeri.

“Jumlah itu merangkumi 3,288 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan,” katanya.

Calon lain terdiri daripada 233 calon MRSM, 54 calon sekolah swasta berdaftar (MATRI), 147 calon persendirian dan 32 calon sekolah menengah agama rakyat (MADI).

“Sebanyak 14 calon pula didaftarkan sebagai Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) melibatkan pelbagai kategori ketidakupayaan,” ujarnya.

Katanya lagi, tiga calon kes khas termasuk dua dari Perlis dan seorang dari Kedah akan menduduki peperiksaan di Hospital Tuanku Fauziah sepanjang tempoh peperiksaan.

Beliau turut menasihati calon, ibu bapa dan petugas supaya menjaga kesihatan serta mengelakkan kawasan banjir bagi memastikan kehadiran sepanjang peperiksaan berlangsung.

Rose Aza merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang membantu mengendalikan peperiksaan dalam keadaan mencabar ini.

Related Posts

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

KANGAR – Polemik mengenai dakwaan kewujudan akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli kembali membara apabila Pemuda Pas Perlis dan Armada Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan