Rufinah perjuang akses pendidikan lebih baik, tawar jalan penyelesaian

KENINGAU – Calon PH bagi DUN Tulid, Datin Rufinah Pengeran menyatakan komitmennya untuk memperjuangkan akses pendidikan yang lebih baik dan peluang ekonomi khususnya untuk keluarga B40, wanita serta komuniti setempat.

Katanya, pendidikan menjadi antara fokus utamanya memandangkan ramai ibu bapa berdepan kekangan kewangan walaupun anak-anak mereka berpotensi besar untuk berjaya.

“Kita mahu kerajaan meringankan beban keluarga. Tuisyen percuma atau pembiayaan percuma amat diperlukan untuk anak-anak B40 di kawasan ini.

“Pusat tuisyen untuk sekolah rendah dan menengah juga perlu diwujudkan,” katanya ketika berucap selepas menyertai Program Aktiviti Gotong-Royong Komuniti Gereja, di Gereja St Yohanes Pembaptis Ambual, Kampung (Kg) Ambual, di sini pada Ahad.

Menurut Rufinah, beliau melihat keperluan mendesak untuk membangunkan tapak tamu atau pasar tamu sebagai ruang ekonomi penting bagi para wanita di Tulid.

“Saya lihat dua lokasi iaitu di Trusmadi dan Transpagalan, masing-masing mempunyai potensi. Wanita kita hebat-hebat dan mereka memerlukan ruang perniagaan yang teratur,” ujarnya.

Dalam program itu, beliau turut menerima permohonan komuniti gereja di Kg Kabatang Baru yang memerlukan sebuah dewan terbuka yang lebih besar untuk kegunaan bersama.

“Apa yang dimohonkan dan apa yang diperlukan di sini, Jadi mereka memohon satu bangunan dewan terbuka untuk Gereja Kg Kabatang Baru.

“Mereka cakap Kg Kabatang ini adalah pusat tempat mereka berkumpul. Pusat beberapa gereja yang berada di kawasan sekitar ini untuk berkumpul di sini, walaupun mereka ada dewan kecil di sebelah.

“Tapi tidak dapat menampung, jadi kita ambil perhatian tuan untuk kita ajukan permohonan ini ke peringkat atasan, selepas 29 hari bulan nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rufinah turut menyentuh isu MA63 iaitu berhubung hak Sabah sedang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI.

“Kita ada 13 tuntutan daripada Sabah. Sembilan daripadanya sudah diluluskan Perdana Menteri, manakala isu 40 peratus hasil juga sudah diputuskan mahkamah dan tidak dirayu oleh Kerajaan MADANI,” jelasnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan