Pantai Senok jadi pulau akibat banjir luar biasa

BACHOK – Banjir di daerah ini turut menjejaskan kawasan pantai pelancongan Pantai Senok yang terkenal dengan jolokan Pulau Nami, sehingga menjadi ‘seakan pulau’ sejak dua hari lalu.

Tinjauan Berita Harian ke lokasi pokok rhu Pulai Nami dan beberapa kampung sekitar mendapati air melimpah masuk ke jalan utama, kediaman penduduk dan pasar yang dipercayai terburuk dalam tempoh 40 tahun.

Penghulu mukim Senok, Ahmad Nordin Yusoff berkata, antara kampung terjejas adalah Kampung Cherang Laut, Pantai Senok, Sador, Wakaf Aik, Alor Tokpit, Gong Batu dan Padang Nibong.

Katanya, banjir menyebabkan laluan utama di Jalan Pantai Senok dan Wakaf Aik hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda dan menyebabkan sebahagian penduduk terkepung.

“Di mukim Senok ini, kalau ikutkan memang tiap tahun banjir, tetapi tahun ini paling luar biasa, luar jangka, tempat tak biasa naik air pun naik, yang tak pernah masuk ke dalam rumah pun masuk ke dalam rumah,” katanya.

Beliau berkata, sebahagian penduduk sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Pengkalan Chengal dan sebahagian belum berpindah atas faktor menjaga ahli keluarga sakit.

“Tapi kita sentiasa pantau mereka (penduduk tidak berpindah) dengan rondaan rumah ke rumah dari masa ke masa untuk salur bantuan jika memerlukan,” katanya.

Penduduk kampung, Habibah Mohamed, 51, berkata, dia terpaksa bertahan di rumah walaupun terkepung kerana menjaga ibu, Kelthom Yusoff, 89, yang sakit saraf sehingga lumpuh daripada pinggang ke kaki di Kampung Pantai Senok.

Katanya, ibunya perlu berbaring atas katil atau tempat tinggi, selain kerap ke tandas menyebabkan sukar mengurus warga emas itu di PPS.

“Kak Bi (panggilan Habibah) ambil alternatif berhubung dengan penghulu kampung untuk hantar bantuan bekalan makanan.

“Hari ini kak dapat keluar dan cari bekalan mentah, takut hujan lebat lagi nanti kita tak boleh nak keluar lagi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tetap menyuruh anak dan cucu berpindah ke PPS selepas kediaman diduduki sejak 22 tahun itu dinaiki air hampir satu meter sejak Ahad lalu.

Di Bachok, sebanyak enam PPS dibuka dengan jumlah mangsa banjir seramai 1,855 orang membabitkan 591 keluarga sehingga jam 4 petang tadi.

Related Posts

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

KOTA KINABALU – Sabah Dive Squad Club (Deus Diving Club) menyambut baik penguatkuasaan Akta Perikanan (Pindaan) 2025 [Akta A1780] yang mula berkuat kuasa pada 15 Jun lalu, sambil menyifatkan langkah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

KOTA KINABALU – India melihat Sabah sebagai pasaran yang mempunyai potensi besar untuk diterokai khususnya dalam sektor pelancongan, perdagangan dan teknologi. Pemangku Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Hitesh Rajpal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin