Aston Villa terus cemerlang, atasi Leeds 1-2

PENYERANG Aston Villa, Morgan Rogers muncul wira selepas meledak dua gol untuk membantu pasukannya bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Leeds United 2-1 di Elland Road sekali gus melonjak ke empat teratas Liga Perdana.

Rogers menyamakan kedudukan pada minit ke-48 apabila menyambar kemas hantaran dalam kotak penalti, sebelum menyempurnakan sepakan percuma yang cantik pada minit ke-75 untuk memastikan kemenangan bergaya skuad bimbingan Unai Emery itu.

Kejayaan itu melonjakkan Villa ke kedudukan keempat carta liga dengan 21 mata.

Leeds, yang kini berada dalam di kedudukan tiga tercorot, terus bergelut selepas tewas lima daripada enam perlawanan liga terakhir.

Mereka bermula garang apabila Lukas Nmecha membuka tirai jaringan seawal minit kelapan, menguasai separuh masa pertama dengan permainan agresif.

Namun babak kedua menyaksikan perubahan ketara apabila Villa tampil jauh lebih baik dan menggempur Leeds hingga tuan rumah ‘hanyut’ dengan rentak permainan pantas dan kemas mereka.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman