JAIP, UMPSA kaji cara sistematik lupus al-Quran

KUANTAN – Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melaksanakan kajian ‘Pembangunan Garis Panduan Pelupusan Abu dan Teks al-Quran Rosak dengan Kaedah Menanam di Dalam Tanah’ bagi menyediakan garis panduan pelupusan lebih sistematik, teratur dan mematuhi syarak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata, kajian itu dijalankan dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Katanya, kajian itu membabitkan proses menggali semula teks al-Quran yang ditanam jawatankuasa Masjid Kampung Bintang, Temerloh pada tahun 2015.

“Proses penggalian dijalankan 17 November lalu bagi menilai tahap penguraian bahan tersebut selepas tempoh 10 tahun.

“Hasil penilaian daripada kajian diketuai Dr Fatimah Mahmud dari Fakulti Pengurusan Industri UMPSA ini akan menjadi rujukan penting bagi pembangunan garis panduan pelupusan teks al-Quran pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Noridzuan memaklumkan, proses pengumpulan data dan sampel kajian itu turut dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temin, Jerantut, lokasi penanaman abu teks al-Quran rosak sejak 2019.

Katanya, proses penggalian semula tapak penanaman itu dilakukan 4 September lalu – selepas enam tahun – bagi menilai keadaan semasa tekstur abu al-Quran rosak.

“Data diperoleh direkodkan dan seterusnya dihantar ke makmal UMPSA untuk dianalisis,” katanya.

Tambah beliau, selain proses menggali semula teks al-Quran di Kampung Bintang, pihaknya dan UMPSA juga menyediakan tapak kajian khas di Pekan dan Chenor.

“Tapak kajian itu adalah lokasi teks al-Quran rosak ditanam sebelum ini.

“Di tapak kajian di Chenor, sebanyak 3,390 kilogram teks al-Quran rosak dilupuskan melalui kaedah ini pada Disember tahun lalu.

“Bahan yang dilupuskan bagi tujuan kajian ini terdiri daripada teks al-Quran basah dan kering dengan kulit; teks al-Quran basah dan kering dicarik dan teks al-Quran basah dan kering tanpa kulit,” katanya

Related Posts

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

KOTA TINGGI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat tidak akan menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, meskipun keputusan pilihan raya itu berpotensi mengubah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengadakan satu mesyuarat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM