Kes tuntutan P.Pinang: Perlembagaan Persekutuan atasi Perjanjian British-Kedah

SENARIO tuntutan kerajaan Kedah terhadap Pulau Pinang pada hari ini semakin panas apabila kerajaan Kedah nekad untuk membawa kes ini diselesaikan di mahkamah.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Pulau Pinang masih di bawah kerajaan Kedah melalui Perjanjian Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang mewakili kerajaan British dan kerajaan Kedah diserahkan secara pajakan.

Menurut pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen memang tidak dinafikan terdapat perjanjian di antara SHTI dengan kerajaan Kedah pada 1786.

Bagaimanapun katanya, selepas Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan segala tanggunggan itu telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan yang baharu hendak dibentuk dan sanggup mewarisi perjanjian serta bayaran.

“Semua hak dan tanggungan British di Tanah Melayu akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan ini termaktub dalam Perjanjian Kemerdekaan 1957.

“Bagaimanapun perjanjian itu tidak membabitkan sebarang perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Kedah pada masa itu,” katanya.

Menurut Raggie, selepas kemerdekaan Kerajaan Persekutuan telah menggunakan undang-undang tertinggi Malaysia yang dikenali dengan nama Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan menetapkan tidak ada penetapan atau persetujuan iaitu Pulau Pinang adalah milik Kedah atau tanah pajakan Kedah. Sebaliknya menunjukkan dengan jelas bahawa Pulau Pinang adalah negeri berdaulat.

“Ini bermakna tiada sebutan dalam undang-undang Perlembagaan Malaysia hari ini yang dikaitkan dalam perjanjian kerajaan Kedah dengan British dahulu.

“Ini sekali gus menyatakan isu Pulau Pinang sebagai tanah pajakan kerajaan Kedah hari ini adalah tidak relevan lagi dari sudut negara berdaulat,” katanya.

Jelasnya lagi, dalam obligasi kerajaan Malaysia untuk membayar RM10,000 setiap bulan kepada kerajaan Kedah adalah tidak wajib dalam konteks perundangan Malaysia hari ini.

“Pembayaran itu adalah bukan dari perjanjian kerajaan Kedah dengan Pulau Pinang tetapi kerajaan Malaysia membayarnya sebagai menghormati Kesultanan Kedah.

“Selepas kemerdekaan Kerajaan Persekutuan turut menyambung pembayaran itu.

“Bagaimanapun perlu diingat perjanjian selama ini adalah antara kerajaan Kedah bersama British dan bukannya dengan Kerajaan Persekutuan,” jelasnya lagi.

Menurut Raggie, di dalam perlembagaan tidak ada rujukan pada mana-mana pajakan untuk diteruskan bayaran dan dalam perlembagaan itu menyatakan tidak klausa negeri itu untuk menuntut sesebuah negeri yang lain.

“Ini bermakna kerajaan Kedah telah mengiktiraf Pulau Pinang sebagai negeri berdaulat. Selepas British berundur segala yang ditetapkan selama ini sudah tidak relevan lagi selepas Perlembagaan Persekutuan terbentuk.

“Perlembagaan Persekutuan merupakan payung besar kepada semua negeri untuk rujukan atau mengikuti undang-undang. Atas pengiktirafan perlembagaan itu kerajaan Kedah yang tidak membangkitkan sebarang isu pajakan menjadikan Pulau Pinang menjadi negeri berdaulat,” katanya.

Persoalannya sekarang, kerajaan Malaysia sudah tiada sebarang perjanjian dengan kerajaan Kedah dan sekiranya Kerajaan Persekutuan memberhentikan bayaran bulanan itu kepada kerajaan Kedah adakah ia merupakan satu kesalahan?

Jawapannya adalah tidak sama sekali kerana Pulau Pinang bukan di bawah pemerintahan British lagi.

Jelas Raggie lagi, selepas kemerdekaan apa pun perjanjian antara kerajaan Kedah dengan British sudah tidak relevan lagi kerana British sudah tidak memerintah Malaysia (Tanah Melayu) lagi.

“Segala perjanjian perlu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan apatah lagi tuntutan kerajaan Kedah terhadap Pulau Pinang hari ini.

“Semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan semua Raja-Raja Tanah Melayu dan wakil parti politik telah dijemput dalam membentuk perlembagaan negara.

“Bagaimanapun semasa merangka perlembagaan itu tiada sebarang isu pajakan ditimbulkan,” katanya.

Justeru, kini Pulau Pinang diisytiharkan sebagai sebuah negeri dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, malah kerajaan Kedah langsung tidak membantah.

Oleh yang demikian kini Pulau Pinang bebas daripada jajahan kerajaan Kedah.

Bagaimanapun Raggie bersetuju kes ini dibawa ke mahkamah supaya kemelut ini dapat dijelaskan terutama pada rakyat kedua negeri itu untuk masa hadapan.

Related Posts

Diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter

PUTRAJAYA – Harga runcit diesel di Semenanjung akan dikurangkan sebanyak 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026. Bagaimanapun, harga petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) membuat laporan polis berhubung dakwaan kewujudan amalan menjual tempat pengajian dan kemasukan pelajar melalui ‘jalan belakang’ ke universiti awam yang tular menerusi satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter

Diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3