DUN Api-Api perlu wakil sehaluan kerajaan agar kebajikan pengundi terjamin

KOTA KINABALU – Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.

Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Thonny Chee berkata, anak muda di Sabah perlu memilih pemimpin yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan pusat bagi memastikan banyak peluang dapat diraih termasuk inisiatif-inisiatif baharu bagi membantu golongan tersebut.

Menurutnya, wakil rakyat yang berpihak kepada kerajaan mempunyai kemudahan mendapatkan peruntukan serta lebih mudah untuk berurusan dengan pemimpin, jika mahu mengutarakan permasalahan dihadapi rakyat.

“Saya bertuah kerana dibantu dua orang menteri (Chang Lih Kang dan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz) dalam kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17 ini.

“Jadi itulah sebabnya kita, kerajaan negeri harus selari dengan kerajaan pusat. Sebab kerajaan Pusat mempunyai pelbagai inisiatif-inisiatif yang boleh membantu anak-anak muda kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan walkaboutdi sekitar Kampung Air, Kota Kinabalu, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Thonny berkata, pihaknya sedar bahawa jumlah pengundi muda di DUN tersebut mewakili kelompok yang besar daripada keseluruhan lebih 17,000 pemilih berdaftar.

“Bagaimanapun, saya melihat secara keseluruhan pengundi di DUN Api-Api jumlah pemilih berusia hingga 60 tahun ke atas juga besar jumlahnya, iaitu sekitar 7,000 orang.

“Sebab 17,000 tolak 7,000 tinggal 10,000. Sudah tentu secara umum ialah (pengundi) 18 tahun. Tapi kita, saya hanya melihat Api-Api,” katanya.

DUN Api-Api menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan Thonny berdepan Ng Chun Sua dari Parti Impian Sabah, Ting Shu Kiong (STAR), Soh Kee Suat (PBK) dan Loi Kok Liang (Warisan).

Hari pengundian PRN Sabah ditetapkan pada 29 Nov ini, manakala 25 Nov untuk pengundian awal.

Related Posts

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri pada Rabu meluluskan pelan komprehensif untuk tindakan segera bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa