Tiada arahan tertentu, pegawai dan anggota polis berhak pilih parti bertanding – KPN

TAWAU – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak mengeluarkan sebarang arahan tertentu kepada pegawai dan anggotanya untuk memilih parti tertentu pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Beliau berkata, mengundi adalah hak peribadi dan kebebasan individu masing-masing.

“Kita percaya bahawa kestabilan politik dan ekonomi itu penting jadi terpulang kepada pegawai dan anggota untuk mereka memilih.

“Saya juga percaya mereka juga bijak untuk memastikan kerana hak mereka mengundi bukannya arahan daripada saya atau mana-mana pihak tertentu,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan Khasnya bersama petugas Op PRN17 Sabah, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Khalid turut memberi tumpuan kepada 15 kawasan ‘hot spot’ bagi memastikan keadaan keselamatan sepanjang PRN17 berjalan lancar dan teratur.

“Kita juga ada bantuan dari kontinjen lain dari Semenanjung bagi memastikan penugasan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Kita juga kenal pasti beberapa individu yang mungkin boleh menimbulkan sesuatu yang tidak baik dan sebagainya,” katanya.

Menurut Khalid, PRN ini dtunggu oleh rakyat Sabah dan setakat ini (hari keempat) berjalan lancar selain tiada isu besar di kawasan Pantai Timur Sabah, khususnya Tawau.

Terdahulu, SPR menetapkan 25 November ini untuk pengundian awal manakala 29 November sebagai hari pengundian.

Lebih 12,000 anggota polis dan pasangan layak menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN ini.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK