PH terima keputusan SPR kekalkan nama calon di DUN Silam – Saifuddin

SANDAKAN – Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghormati keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan nama Abdul Halim Sidek Gulam Hassan dalam kertas undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Beliau berkata, meskipun nama calon itu kekal mengikut ketetapan undang-undang, PKR dan PH telah menghentikan sepenuhnya operasi kempen Abdul Halim sejurus selepas beliau mengumumkan penarikan diri.

“Ya, nama kekal dalam kertas undi. Dari sudut undang-undang, kita tidak boleh ubah.

“Tapi bila kita kata tarik diri, maksudnya segala operasi kempen dihentikan.

“Tidak ada lagi sesi santai, tidak ada lagi calon turun berjumpa pengundi seperti di Gum-Gum hari ini. Tiada lagi ‘reach out dengan voters’,” katanya kepada media semasa program Sembang Santai bersama calon PH Gum Gum, di Batu 8, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, peraturan SPR menetapkan bahawa selepas kertas penamaan calon dihantar dan disahkan, semua nama calon kekal sehingga hari pengundian.

“Itu kehendak undang-undang. Jadi biarkan ia begitu. Namun dalam konteks PKR dan PH, kempen untuk calon kita sudah dihentikan sepenuhnya,” katanya.

Mengulas mengenai kempen di media sosial, Saifuddin menyatakan perkara itu akan diuruskan secara dalaman oleh jentera parti.

Pada Isnin, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud mengesahkan Abdul Halim menarik diri daripada PRN17 selepas perbincangan bersama pimpinan tertinggi PH.

Dalam saingan DUN Silam, sembilan calon disahkan bertanding untuk merebut sokongan 28,261 pengundi.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, menjelaskan bahawa nama Abdul Halim tetap berada dalam kertas undi walaupun beliau berhasrat menarik diri selepas proses penamaan selesai.

Beliau menegaskan tiada calon boleh menarik pencalonan selepas jam 10 pagi pada hari penamaan mengikut Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

SPR menetapkan 25 November sebagai hari mengundi awal manakala 29 November sebagai hari pengundian PRN17.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu