Jika pilih saya, kamu bukan saja dapat Yang Berhormat, tapi seorang ‘Yang Berkebun’ – Jamawi

TENOM – Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar menyatakan bahawa pembangunan pertanian bernilai tinggi akan terus menjadi keutamaan beliau sekiranya diberikan mandat oleh rakyat pada 29 November ini.

Beliau berkata, melalui pengalaman lebih 15 tahun beliau dalam bidang pertanian, termasuk ketika berkhidmat di Lagud Seberang, menjadi kekuatan utama untuk memacu peningkatan pendapatan masyarakat setempat.

“Kamu bayangkan, kalau umur pokok durian lebih kurang enam tahun, kamu boleh dapat RM5,000 satu pokok.

“Kalau keliling rumah tanam sepuluh pokok, itu sudah RM50,000,” katanya ketika berucap di Kampung (Kg) LIGS Lagu Seberang Melalap, di sini pada Isnin.

Selain durian, beliau turut menggalakkan penduduk menanam kelapa taganan hijau yang kini bernilai tinggi di pasaran.

Dalam pada itu, Jamawi berkata, usaha menaik taraf jalan pertanian, laluan menuju kebun dan kemudahan asas kampung akan terus dipergiatkan bagi memudahkan pergerakan hasil tanaman para pekebun.

Antara projek yang sedang berjalan termasuk pembesaran padang LIGS, penaiktarafan jalan dan simen laluan kampung dan pemasangan lampu-lampu solar pada masa akan datang.

Selain itu, beliau turut menceritakan pengalaman beliau sebagai bekas pegawai pertanian memudahkannya memahami keperluan masyarakat dan peluang untuk memperluas sektor tanaman bernilai tinggi di Melalap.

“Kenapa saya tanam hidup? Sebab ada petua dia. Kalau mahu belajar, saya boleh kongsi.

“Kalau saya jadi wakil rakyat, kamu bukan sahaja dapat Yang Berhormat, tapi dapat seorang Yang Berkebun,” katanya.

Tambahnya, usaha memperluas tanaman bernilai tinggi akan membuka peluang eksport, khususnya untuk benih durian ke negara seperti China.

Sementara itu, Jamawi juga turut berusaha dan menunjukkan komitmennya melalui penganjuran kursus-kursus pertanian untuk golongan muda.

“Daripada kamu tanam bunga, baik kamu tanam durian. Daripada tanam kelapa kampung, baik tanam kelapa takunan. Ada hasilnya nanti,” katanya.

Tambahnya, kehadiran penyanyi Baby Shima bersama rakan-rakannya benar-benar menyentuh hati, kerana ia menjadi simbol ‘membalas budi 13 tahun lalu’.

Jelasnya, suasana itu bukan sahaja mengharukan, tetapi turut mengukuhkan mesej bahawa setiap kebaikan pasti kembali kepada yang pelakunya.

Justeru, Jamawi yang juga merupakan Calon No.3 di DUN Melalap menyeru masyarakat Melalap supaya bersatu demi masa depan memajukan Tenom dan pertanian kawasan itu.

“Marilah kita berbuat kebaikan. Kita rancang hari ini untuk masa depan anak-anak kita. Cuba kamu ‘test’ sama saya satu penggal,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX