PM ke Afrika guna penerbangan sewaan, jimat masa, kos dan penyelarasan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama delegasi akan memulakan lawatan ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya esok dengan menggunakan penerbangan sewaan khas daripada Malaysia Airlines.

Langkah itu dipilih bagi menjimatkan masa dan kos serta memudahkan penyelarasan delegasi kerajaan dan perniagaan.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, keputusan menggunakan perkhidmatan itu dibuat selepas mengambil kira faktor penjimatan masa, kos serta penyelarasan delegasi.

“Mengapa kita membuat keputusan untuk menggunakan penerbangan sewaan khas? Ini mengambil kira penjimatan masa di mana jadual padat di ketiga-tiga negara, tanpa transit yang panjang.

“Selain itu, kos terkawal di mana kos penerbangan sewaan khas ini lebih ekonomik berbanding operasi penuh pesawat kerajaan.

“Faktor ketiga ialah penyelarasan di mana delegasi kerajaan dan perniagaan akan berlepas dan tiba bersama-sama, sekali gus menjamin kehadiran tepat waktu untuk semua mesyuarat serta sesi libat urus,” katanya pada sesi taklimat bersama media di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Tunku Nashrul berkata, kerajaan menanggung sepenuhnya kos delegasi rasmi kerajaan, manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri kos mereka.

Katanya, lawatan Perdana Menteri akan diiringi delegasi perniagaan yang merangkumi syarikat korporat utama serta perusahaan inovatif Malaysia.

“Sinergi sedemikian memastikan rundingan antara kerajaan (G2G) disokong oleh kerjasama antara perniagaan (B2B), sekali gus memacu pasaran baharu, mengukuhkan operasi sedia ada dan meneguhkan kedudukan Malaysia di rantau strategik ini,” katanya.

Ditanya mengapa delegasi perniagaan turut serta dalam lawatan berkenaan, beliau berkata, kerajaan mengamalkan diplomasi ekonomi langsung, iaitu rundingan kerajaan dengan kerajaan disertai terus oleh pemain industri.

Antara syarikat mengikuti lawatan itu ialah Khazanah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan DRB Hicom Berhad.

“Kehadiran delegasi perniagaan membolehkan padanan segera antara keperluan pasaran tempatan di Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya dengan kepakaran syarikat Malaysia, sama ada untuk menembusi pasaran baharu mahupun memperluaskan operasi sudah sedia wujud.

“Pemilihan syarikat dibuat oleh MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) sebagai kementerian bertanggungjawab dalam hal ehwal pelaburan, perdagangan dan industri, selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menjelaskan, ia adalah amalan sedia ada menerusi pembabitan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Katanya, ia juga menjadi pemudah cara bagi pemain industri serta syarikat Malaysia dan syarikat luar negara untuk membuat pelaburan atau usaha sama perniagaan menerusi forum perniagaan bersama pemimpin industri negara yang dilawati.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula