Mesyuarat pertama rundingan Pemberian Khas 40 peratus Sabah–Persekutuan berlangsung konstruktif

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah memulakan langkah rasmi ke arah pelaksanaan Pemberian Khas 40 peratus hasil Sabah apabila kedua-dua pihak mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas di peringkat pegawai, di sini pada Isnin.

Sesi rundingan berkenaan dipengerusikan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong, mewakili Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, mewakili Kerajaan Persekutuan.

Dalam kenyataan bersama itu, kedua-dua pihak menyatakan bahawa rundingan hari ini menandakan permulaan yang ‘berkesan dan konstruktif’ ke arah pelaksanaan formula Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil bersih Persekutuan seperti yang diperuntukkan Perlembagaan.

Kedua-dua delegasi bersepakat bahawa perbincangan akan diteruskan secara progresif berasaskan semangat kerjasama, saling menghormati dan persefahaman, termasuk perkongsian data serta maklumat kewangan diperlukan bagi melengkapkan proses semakan.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah turut menyatakan keyakinan bahawa mesyuarat ini menyediakan landasan kukuh untuk mencapai penyelesaian berhubung Pemberian Khas tersebut.

Mesyuarat itu diadakan susulan Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 17 Oktober lepas, yang mengarahkan semakan semula nilai Pemberian Khas Sabah mengikut Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Turut hadir ialah barisan pegawai kanan daripada Jabatan Peguam Besar Negeri; Kementerian Kewangan Sabah; Unit Perancang Ekonomi Negeri serta pegawai-pegawai Perbendaharaan; Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula