KDN beri tumpuan elemen jenayah terancang bot PATI karam

KOTA KINABALU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjalankan siasatan secara terperinci terhadap insiden bot dinaiki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang karam di perairan Malaysia-Thailand berhampiran Langkawi, minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan kini menjurus elemen jenayah terancang, selain pemerdagangan dan penyeludupan manusia.

Menurut beliau, siasatan itu membabitkan Seksyen 130 Kanun Keseksaan di samping undang-undang pemerdagangan manusia.

“Siasatan akan dibuat menjurus kepada pertama, ada atau tak elemen jenayah terancang. Satu atau dua orang yang terlibat mempunyai objektif bersama, mendapat keuntungan bersama, sama ada pengaruh ataupun kewangan.

“Yang kedua, sama ada ia melibatkan elemen pemerdagangan. Di sana mereka bayar ejen, di sini juga adakah ejen terlibat?

“Ada juga elemen yang kita siasat dari segi penyeludupan manusia (dan) segala macam (siasatan dari pelbagai sudut),” katanya pada sidang bersama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Thonny Chee, pada Isnin.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Awal bulan ini, perairan negara dikejutkan dengan tragedi bot membawa PATI karam di sempadan perairan Malaysia-Thailand sehingga meragut puluhan nyawa.

Bot berkenaan adalah sebahagian daripada kapal besar yang membawa kira-kira 300 orang sebelum dihantar sindiket ke tiga bot kecil ketika menghampiri sempadan negara.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada polis mengenal pasti dalang rakyat Malaysia terlibat, Saifuddin menegaskan, pihaknya menjalankan siasatan dan keutamaan pihaknya untuk menyelamatkan mangsa.

Selain itu, katanya kejadian berkenaan juga perlu dilihat daripada segenap aspek mengapa ia boleh berlaku.

“Ia harus dilihat secara keseluruhan terhadap ekosistem. Orang yang datang itu, keadaan di negara mereka bagaimana, keadaan di kem pelarian bagaimana dan kenapa Malaysia dipilih sebagai destinasi.

“Penyelesaian kita pula adalah kalau berlaku insiden begitu, keutamaan kita adalah menyelamatkan nyawa dahulu. Pihak berkuasa Malaysia sudah pun berhubung dengan Thailand untuk menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian itu,” katanya.

Related Posts

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang