Inkues: Zara ditegur senior akibat insiden kecurian sebelum kejadian 16 Julai

KOTA KINABALU – Seorang guru bahasa Inggeris merangkap guru asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Gloria Theresa Thien Pet Yee, mengetahui cerita bahawa senior bersemuka (confronted) dengan Zara Qairina Mahathir pada malam kejadian, daripada perbincangan para warden di dewan makan asrama sekolah tersebut.

Menurut kenyataan bersama peguam mewakili Ibu Zara, saksi berkata, warden-warden lain banyak berbincang mengenai insiden perbalahan malam itu di mana Zara berjumpa pelajar senior dan ada tuduhan kes kecurian.

“Saksi tidak ingat maklumat cerita secara terperinci. Saksi ada dengar Zara telah ’confronted’ oleh pelajar senior oleh kerana kes kecurian seorang pelajar junior yang melibatkan duit wang tunai.

“Saksi berkata, dia ingat para warden lebih bercerita dengan apa Zara hadapi malam itu dan latar belakang Zara dan keluarganya,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Dalam pada itu, saksi turut memaklumkan bahawa Cikgu Yuslina kemudian membawanya ke musolla, tempat kira-kira 10 pelajar tingkatan 1 dan 4 telah dikumpulkan.

Jelas saksi, di situ, Cikgu Syahadah dilihat sedang menyoal pelajar tingkatan 1, manakala Cikgu Yuslina dan Cikgu Fatimah menyoal pelajar tingkatan 4, beliau sendiri hanya mengikuti arah Cikgu Yuslina semasa sesi itu.

“Dalam sesi persoalan tersebut, saksi mendengar seorang pelajar senior tingkatan 4 memaklumkan tentang kewujudan diari milik Zara.

“Pada mulanya, saksi ingat pelajar ini merupakan ahli dorm Zara, tetapi sebenarnya pelajar ini tinggal di bilik lain,” katanya.

Mengulas lanjut saksi berkata, Ketua Warden, Ustaz Azhari menyuruhnya ke bilik isolasi asrama pada awal pagi pukul 6.50 pagi.

“Saksi ingat Ketua Warden ada menitip pesanan di WhatsApp group untuk menahan semua pelajar-pelajar yang terlibat di bilik isolasi untuk disoal siasat.

“Saksi berkata pada awalnya tugas itu diberikan kepada Madam Rohayati tetapi cikgu tersebut sudah terlebih dahulu di luar untuk menjaga pelajar STPM jadi Ketua Warden ada memberikan tugasan kepada saksi untuk menyoal siasat para pelajar tersebut,” katanya.

Related Posts

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memohon Kementerian Kewangan mempertimbangkan kenaikan cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2027, sebagai langkah membendung peningkatan tabiat merokok dalam kalangan golongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera