Suami isteri maut, bayi cedera nahas tiga kenderaan

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri maut manakala bayi mereka cedera selepas Perodua Myvi dinaiki terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dan isteri, Nur Fatihah Othman, 28, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Anak mereka, Nur Laylaa Batrysha, 6 bulan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kemalangan itu membabitkan kereta jenis Perodua Myvi, Toyota Vios dan lori.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan lori sawit tanpa muatan.

“Serpihan kemalangan turut terkena sebuah Toyota Vios yang melalui kawasan tersebut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Yusof memaklumkan, pemandu lori berusia 47 tahun mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu Toyota Vios berusia 46 tahun tidak cedera.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

SEPANGGAR – Satu usaha untuk mendokumentasikan resipi tradisional masyarakat di Sepanggar menerusi penerbitan Dapur Sepanggar sedang dilaksanakan, kata Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud. Beliau berkata, inisiatif itu akan menghimpunkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KOTA KINABALU – Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) diwujudkan bagi memastikan pelbagai inisiatif kerajaan dapat disampaikan secara terus kepada masyarakat, khususnya golongan belia di kawasan luar bandar. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan