Komitmen Ruji mahu ‘transform’ pekan Merotai jadi pekan baharu

KALABAKAN – Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Datuk Ruji Ubi mahu membawa perubahan besar dengan menjadikan pekan Merotai kepada pekan baharu Merotai.

Beliau berkata, pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha di kementerian akan menjadi asas bagi merealisasikan perubahan tersebut.

“Sudah tentu tujuan dan matlamat saya pun besar dan sangat jelas jadi saya berharap khususnya pekan Merotai itu kalau boleh kita ‘transform’ sebagai sebuah pekan baharu Merotai,” katanya kepada media selepas Walkabout di Pasar Hotspring di sini, pada Ahad.

Jelasnya, Merotai berhak mendapat pembangunan yang membawa manfaat kepada rakyat.

Katanya, pekan baharu Merotai ini membangun dengan insfrastruktur moden yang tersusun, kawasan perumahan selesa serta kemudahan awam yang lengkap.

Pekan itu juga diharap turut mempunyai pusat perniagaan dan sesetengah agensi perlu beroperasi di Merotai untuk memberikan perkhidmatan agar penduduk sekitar tidak perlu ke bandar Tawau dengan jarak 25 kilometer sehala.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX