PRU17 Sabah: Sorakan penyokong, lautan bendera ‘gegar’ Tenom

TENOM – Suasana di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini, pada Sabtu, berubah menjadi pesta demokrasi apabila ribuan penyokong mula membanjiri kawasan sekitar bagi menyaksikan detik penamaan calon bagi Dewan Undangan (DU) Melalap dan DU Kemabong sempena Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Sabah.

Seawal pukul 7.30 pagi, deretan penyokong pelbagai parti politik sudah berkumpul, ada yang mengibarkan bendera setinggi tenaga dan bersorak memecah hening pagi, semuanya demi memberi semangat kepada calon pilihan masing-masing.

Pekarangan PPC Dewan Antanom turut diwarnai bendera parti-parti yang bertanding, termasuk Pakatan Harapan (PH); Parti Warisan Sabah (Warisan); Gabungan Rakyat Sabah (GRS); Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO); Parti Impian Sabah (PIS); Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Bebas yang menjadikan suasana semakin meriah dan sengit.

Sorakan, tepukan dan laungan slogan bergema bertalu-talu, seolah-olah ingin menunjukkan kekuatan pengaruh setiap parti pada hari penentuan itu.

Manakala kehadiran orang ramai sejak awal pagi menunjukkan keterujaan dan kesedaran politik yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Tenom, lebih-lebih lagi dengan pertandingan hangat yang dijangka berlaku PRU ini.

Pihak keselamatan turut memperketat kawalan bagi memastikan proses penamaan calon berlangsung dengan lancar, teratur dan tanpa sebarang provokasi.

Kertas penamaan calon perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Alexander Liew, di PPC antara pukul 9 pagi hingga 10 pagi, sebelum senarai rasmi calon diumumkan.

Related Posts

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperkukuh penguatkuasaan dan mempertahankan amalan tatakelola yang baik bagi mengekang kegiatan pencerobohan tanah tanpa kebenaran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegiatan berkenaan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

KUALA LUMPUR – Perbelanjaan kerajaan bagi pemberian kebajikan dan bantuan kepada masyarakat, individu serta keluarga meningkat 380.8 peratus kepada RM20.36 bilion pada 2025 berbanding RM4.24 bilion pada 2024. Menurut Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran