Hubungan hati ke hati penting rangkul belia – KP JKOM

USAHA mendekati golongan belia tidak boleh bergantung sepenuhnya pada pengaruh media sosial, sebaliknya mesti disokong dengan hubungan hati ke hati atau personal touch bagi memastikan mesej dan gerakan akar umbi benar-benar meresap ke dalam komuniti, tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Dalam siaran podcast Minda Tok Abah pada Jumaat, beliau menjelaskan bahawa dalam gerakan belia, apa yang paling diperlukan ialah ‘trendsetter’ yang berupaya menggerakkan komuniti secara langsung, bukan sekadar berada dalam ruang digital.

Menurutnya, meskipun media sosial menjadi platform utama JKOM dalam penyampaian maklumat serta pembentukan naratif, hakikatnya fitrah manusia tetap kembali kepada hubungan sesama insan.

“Realitinya, manusia ini domainnya tetap pada denyut hati. ‘Personal touch’ itu kita tak boleh abaikan. Media sosial penting, tetapi sentuhan manusia tetap asas,” katanya.

Ismail berkata JKOM kini mengaplikasikan strategi dwi-pendekatan iaitu pembinaan naratif melalui media sosial serta interaksi secara fizikal melalui jaringan ‘key communicator’ yang dikenali sebagai kawan di peringkat lapangan.

Pendekatan berasaskan hubungan manusia ini, jelasnya, merentas pelbagai segmen masyarakat dan penting bagi mengubah persepsi bahawa aktivisme sosial hanya dikaitkan dengan kerajaan atau parti politik.

“Gerakan JKOM bertujuan memperkukuh sosiopolitik di peringkat komuniti secara eksklusif. Untuk menyatukan semua segmen, jaringan melalui program touch down amat penting,” ujarnya.

Beliau turut menekankan kebimbangan terhadap kecenderungan masyarakat terlalu larut dalam media sosial serta teknologi kecerdasan buatan (AI), sehingga menenggelamkan nilai kemanusiaan dan interaksi sebenar.

“Sekarang ini, seseorang pun boleh diimpersonasikan secara digital. Kalau kita terlalu bergantung pada dunia maya, ‘personal touch’ itu akan hilang,” katanya.

Dalam konteks Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai payung besar organisasi belia, Ismail berkata perkara ini perlu diteliti secara mendalam kerana kelompok belia merupakan kumpulan terbesar yang memerlukan pendekatan berstruktur dan realistik.

Justeru, katanya, matlamat utama adalah membina gelombang rakyat yang hanya dapat diwujudkan apabila kesedaran di lapangan digerakkan oleh belia sendiri secara berterusan.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP