Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

KUANTAN – Sesi taklimat kemajuan Pelan Tindakan Khas Bandar Baharu Paya Besar memberi peluang kepada pemimpin setempat mengetahui perkembangan projek di kawasan itu.

Dengan menumpukan kepada perkembangan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan pusat data kecerdasan buatan (AI), taklimat itu sangat penting dan sesuai dengan masa.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, penyertaan aktif daripada pimpinan masyarakat, guru dan pemimpin belia, diharapkan memberi nilai tambah kepada perkembangan projek berkenaan.

“Selagi saya menjadi wakil rakyat di sini, saya akan pastikan semua perancangan dalam pelan tindakan khas seperti dibentangkan, menjadi kenyataan,” katanya.

Sesi taklimat itu disertai lebih 80 peserta, termasuk wakil dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan pelajar Giat MARA.

Selain projek ECRL dan pusat data AI, turut tersedia menerusi pelan tindakan khas itu adalah projek Pusat Logistik Perodua, yang dijangka menjadi pemangkin baharu pertumbuhan ekonomi setempat.

Sementara itu, Mohd Shahar memaklumkan, sejak 2018, pelbagai inisiatif pembangunan digerakkan bagi mencapai aspirasi ‘Your Better Society 2040’.

“Empat pemacu utama turut diketengahkan—menjadikan Paya Besar sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa, projek Road to UNESCO (Pekan Sungai Lembing), pembangunan PMKS di Panching serta pembangunan The EAST di Taman Tasik Paya Besar termasuk Inkubator Penyelidikan Sungai Lembing,” katanya.

Rombongan itu kemudiannya dibawa melihat lebih dekat perkembangan projek pembinaan stesen ECRL Paya Besar.

Turut serta dalam lawatan singkat itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link, Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Related Posts

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis