Rundingan tuntutan 40 peratus hasil Sabah bermula Isnin depan

MESYUARAT pertama bagi membincangkan isu tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah dijadualkan berlangsung pada Isnin depan di Menara Kinabalu, menunjukkan keseriusan kerajaan mempercepat rundingan berkaitan hak kewangan negeri itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keputusan untuk mempercepatkan rundingan itu menunjukkan keseriusan kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab berkaitan hak kewangan Sabah, termasuk penentuan kadar pemberian khas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut memutuskan bahawa rundingan teknikal antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah akan dimulakan dengan segera bagi melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

“Datuk Johan Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan diberikan mandat mengetuai rundingan bagi pihak Kerajaan Persekutuan, manakala Kerajaan Sabah pula akan diketuai oleh Datuk Seri Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah,” katanya pada sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi, di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri pada mesyuarat hari ini bersetuju secara prinsip untuk membuat pertukaran wakil Sabah dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, dalam hal itu, Armizan telah dilantik menggantikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, bagi mewakili Sabah dalam jawatankuasa berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa, Kerajaan Persekutuan perlu memadamkan alasan penghakiman mahkamah dalam isu hak tuntutan 40 peratus hasil bersih diperoleh dari Sabah, yang menyatakan kerajaan di peringkat negeri itu dan juga Persekutuan sejak 1974 bertindak secara tidak berperlembagaan.

Sehubungan itu beliau berkata, rayuan yang akan difailkan hanya berkisar alasan penghakiman yang mendakwa kajian semula pemberian khas yang dibuat selepas 2021 menyalahi undang-undang dan tak rasional serta mengaitkan kesilapan besar dibuat kerajaan sejak 1974.

Justeru, Anwar sekali lagi menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan membuat rayuan terhadap pemberian khas berdasarkan 40 peratus hasil yang diperoleh dari Sabah.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang