Ringgit mengukuh, pembangkang membisu – kejayaan MADANI yang tak ternafikan

SEJAK akhir-akhir ini, nada politik pembangkan terutama mengenai ekonomi semakin lesu.

Bukan disebabkan kehabisan isu, tapi sebab satu fakta yang mereka sukar hadam iaitu Ringgit Malaysia terus mengukuh.

Pada 10 November 2024, kadar tukaran mata wang Malaysia berada pada paras RM4.29 bagi setiap AS$1.

Setahun kemudian, pada 10 November 2025, Ringgit melonjak kukuh kepada RM4.16 bagi setiap AS$1.

Nampak kecil bukan? Tetapi tidak bagi ekonomi negara. Penurunan nilai dolar terhadap Ringgit ini menjadikan Ringgit Malaysia antara mata wang berprestasi terbaik di Asia.

Ia bukti jelas bahawa keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara semakin pulih di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

Malah, kadar OPR kekal stabil pada 2.75 peratus, tanda bahawa ekonomi kita cukup sihat dan tidak perlu dirangsang secara luar biasa, dan tidak pula perlu diperketatkan.

Dalam bahasa mudah, ekonomi Malaysia sedang berada pada landasan seimbang iaitu stabil, berkembang, dan diyakini pelabur.

Kesan paling segera dirasai rakyat ialah apabila Ringgit mengukuh, barang import menjadi lebih murah.

Kalau dahulu barangan bernilai AS$100 bersamaan RM450, kini hanya RM420. Penjimatan ini bukan angka di atas kertas tetapi ia turun terus ke pasaran seperti harga telefon, alat ganti, bahan mentah, mesin dan ubat-ubatan menjadi lebih mampu milik.

Inilah antara bukti nyata bagaimana pengurusan fiskal dan dasar ekonomi berhemah oleh Kerajaan MADANI mula membuahkan hasil.

Ringgit bukan sekadar naik secara sementara, tetapi mengukuh dengan asas ekonomi sebenar, bukan spekulasi pasaran.

Namun seperti biasa, bila Ringgit jatuh maka riuhlah sekampung pembangkang melaung ‘ekonomi tenat’.

Tapi bila Ringgit naik dan Malaysia diiktiraf antara mata wang terbaik di rantau ini, semua tiba-tiba jadi pakar senyap dan diam seribu bahasa.

Tiada ucapan tahniah, tiada pengiktirafan, tiada apa.

Mereka lebih rela menyorok di balik naratif lama kerana kejayaan ini tidak sesuai dengan skrip politik mereka.

Hakikatnya, pengukuhan Ringgit hari ini adalah rahmat kepada rakyat dan bukti kebijaksanaan kerajaan dalam menyusun semula struktur ekonomi negara.

Malaysia kembali menjadi destinasi pelaburan menarik, malah menjadi tumpuan pekerja asing yang melihat kestabilan kita sebagai peluang baru.

Bagaimanapun ramai penganalisis ekonomi kini menjangka Ringgit Malaysia mampu mencapai paras RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat selepas mengukuh ke paras terbaik dalam tempoh lebih 13 bulan.

Seandainya ini tercapai ia bukan sahaja kejayaan buat Kerajaan MADANI tetapi rahmat buat rakyat Malaysia.

Jika Ringgit naik, pelabur masuk, inflasi terkawal dan semuanya hasil pentadbiran yang bekerja bersungguh-sungguh selama ini dan bukan beretorik.

Jadi tidak hairanlah jika yang pandai memfitnah kini terpaksa diam, kerana angka ekonomi tidak pernah menipu.

Yang menipu, ialah politikus yang tak sanggup mengaku kalah pada fakta.

Related Posts

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

ISU sumbangan lembu korban sekali lagi dijadikan modal politik oleh segelintir pihak untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumbangan korban di Tambun dan Permatang Pauh dipersoalkan, malah cuba…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SOP pastikan ibadah korban lebih selamat dan terkawal perlu dilaksana secara pragmatik

AIDILADHA sentiasa membawa suasana penuh makna kepada umat Islam apabila masjid, surau dan kawasan kejiranan kembali hidup dengan pelaksanaan ibadah korban selain memperlihatkan semangat kebersamaan serta gotong-royong masyarakat dalam menghidupkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri