Kuala Perlis lokasi penyeludupan dadah jalan laut – Kastam Perlis

KANGAR – Perairan Kuala Perlis dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan cubaan penyeludupan dadah melalui jalan laut berdasarkan siri rampasan yang dibuat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri sejak awal tahun ini.

Pengarah JKDM Perlis, Ismail Hashim berkata, sebanyak 18 kes dicatatkan di negeri itu dari Januari hingga Oktober dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM24.078 juta.

“Faktor geografi kawasan perairan yang dikelilingi batu dan paya bakau menyebabkan laluan itu sering dipilih sindiket dari negara jiran untuk membawa masuk dadah.

“Dalam kebanyakan kes, bahan terlarang itu dibawa masuk melalui laluan laut sebelum disorok di kawasan tertentu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, pada 24 Oktober lalu, pasukan operasi menemui dua guni putih dan satu bungkusan plastik yang ditinggalkan di atas pokok bakau di Pulau Ketam yamg merupakan pintu masuk perairan Kuala Perlis.

Pemeriksaan menemukan 39 ketulan mampat dan 12 bungkusan plastik kedap udara berisi kanabis seberat 41.50 kilogram bernilai RM378,000.

Ismail berkata, dalam satu lagi operasi pada 28 Oktober, pasukan Cawangan Penguatkuasaan dan Marin Kuala Perlis menyerbu sebuah jeti yang tidak lagi beroperasi selepas menerima maklumat.

“Pasukan menemui tiga guni yang ditinggalkan di atas pelantar jeti dan pemeriksaan mendapati terdapat 50 ketulan mampat disyaki kanabis dengan berat 50 kilogram bernilai RM155,000,” katanya.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ismail menambah, kebanyakan rampasan melibatkan kanabis selain methamphetamine dan ketum yang cuba diseludup masuk melalui laluan laut.

Beliau berkata, JKDM akan terus meningkatkan pemantauan terutama di perairan Kuala Perlis bagi mengekang cubaan sindiket membawa masuk dadah ke negeri ini.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang