Sokongan penjawat awam hasil kejayaan Hala Tuju SMJ 1.0 – Hajiji

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sokongan padu dan komitmen para penjawat awam telah menjayakan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 dalam tempoh lima tahun beliau memimpin Kerajaan Negeri Sabah.

“Selama lima tahun saya menakhoda Kerajaan Negeri dengan sokongan dan dukungan para penjawat awam negeri dan Persekutuan, ianya merupakan satu pengalaman yang luar biasa tetapi amat bermakna kepada saya.

“Kalau sebelum ini saya hanya menakhoda sebuah kementerian, tetapi sejak lima tahun lalu saya menakhoda sebuah kerajaan.

“Ia merupakan pengalaman yang sangat-sangat menarik dan akan saya kenang sepanjang hayat,” katanya semasa berucap semasa Konvensyen Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa.

Menurutnya, perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan di Sabah, secara amnya berjalan dan berfungsi dengan baik walau pun adakalanya berhadapan dengan pelbagai cabaran, tekanan dan ketidaktentuan.

“Lebih-lebih lagi di Sabah ini yang pernah berhadapan dengan ketidakstabilan politik di samping ancaman pandemik dan cabaran-cabaran lain yang di luar kawalan kita seperti ketidaktentuan ekonomi dunia dan perubahan iklim atau cuaca yang boleh mempengaruhi prestasi, peranan dan kehidupan kita seharian.

“Semoga asas-asas kukuh berdasarkan Hala Tuju SMJ 1.0 yang telah kita pacak dan kian mengukuh ini, dapat kita lanjutkan bagi mencipta kejayaan lebih cemerlang dalam Hala Tuju SMJ 2.0 yang sentiasa menanti untuk dilaksanakan,” katanya.

Dalam tempoh lima tahun sebagai Ketua Menteri, Hajiji juga telah meninjau dan melawat kesemua Kementerian yang juga meliputi kesemua jabatan dan agensi di bawah kementerian-kementerian berkenaan.

“Maklum balas dan aduan yang sampai kepada saya tidak semestinya positif. Tentu ada ada wakil rakyat, ada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dan ketua-ketua kampung malah pimpinan peringkat akar umbi, yang selalu menyampaikan laporan.

“Sebab itu saya katakan, sepanjang lima tahun lalu, ada perkara-perkara yang saya cukup berpuas hati, dan ada juga yang mengecewakan.

“Tetapi biasalah, sebagai seorang ketua, sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada pegawai bawahan kami,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penganjuran konvensyen berskala besar sempena Hari Kualiti Sedunia ini, yang melibatkan anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan, sangat dialu-alukan, bahkan tepat pada masanya.

Beliau menyeru penjawat awam untuk mengambil langkah proaktif disegi pemantapan modal insan dan kepakaran agar tidak tertinggal jauh di belakang seiring dengan keperluan dan kehendak zaman yang serba sofistikated pada abad ke-21 ini.

“Sebagai jentera kerajaan, penjawat awam juga adalah tunjang dalam sistem pentadbiran sesebuah kerajaan.

“Berpandukan kepada etika kerja berhemah dan berintegriti, tugas penjawat awam ialah menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat berpandukan prinsip ‘to serve the government of the day’.

“Untuk itu, hubungan baik dan akrab antara penjawat awam dengan pimpinan kerajaan perlu terus dipelihara dan diperkukuh,” katanya.

Related Posts

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

PETALING JAYA – Langkah mempelbagaikan sumber bekalan tenaga dari beberapa negara menjadi strategi utama kerajaan dalam memastikan kestabilan bekalan tenaga negara ketika berdepan ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

TANGKAK – Usaha memperkukuh peranan Komuniti MADANI sebagai ejen penyampai maklumat yang berkesan terus diperkasakan menerusi penganjuran Program Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan