Jangan termakan agenda politik sempit

KUANTAN – Rakyat Pahang diminta supaya tidak terpengaruh dengan politik sempit yang cuba menggugat keharmonian serta menimbulkan kerugian kepada rakyat dan kerajaan sedia ada.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri telah menumpukan usaha dan perancangan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Justeru, menurutnya, rakyat perlu menilai kerajaan berdasarkan prestasi sebenar, bukannya retorik politik.

“Kalau kerajaan menunaikan tanggungjawabnya, walaupun tidak sepenuhnya, tetapi memberi kesejahteraan kepada rakyat, kerajaan tersebut wajib diteruskan.

“Jangan dengar politik sempit yang hanya cuba menggugat keharmonian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang berlangsung di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail, di sini, malam tadi.

Wan Rosdy turut menyenaraikan pelbagai bantuan yang telah dan sedang dilaksanakan kerajaan negeri.

Antaranya, bantuan kepada ibu yang melahirkan bayi, warga emas, hinggalah kepada pengurusan jenazah, yang kesemuanya akan dimasukkan dalam Belanjawan Negeri.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang